Murray buat persediaan awal

Murray buat persediaan awal

WASHINGTON, 4 Ogos (AFP) – Pilihan ketiga Britain, Andy Murray meluangkan masa seminggu untuk menyesuaikan diri dengan gelanggang menjelang Terbuka ATP Washington dalam ketibaannya lebih awal untuk mana–mana pertandingan tahun ini dengan pukulan meyakinkan.

Pemain dari Scotland berusia 28 tahun itu memburu gelaran ATP ke-35 sepanjang kerjayanya dan keempat tahun ini dalam jelajah pertamanya sejak mara ke separuh akhir Wimbledon, di mana dia tewas kepada Roger Federer.

Pilihan utama, Murray membuat kemunculan pertamanya di Washington sejak 2006, apabila tewas kepada Arnaud Clement dari Perancis dalam persaingan akhir. Dia tiba Selasa lalu, sekali gus mengurangkan rehatnya untuk mula berlatih dalam Terbuka AS yang akan bermula dalam tempoh empat minggu.

Persaingan itu juga memperkenalkan pemain ranking kelapan, Marin Cilic, juara Terbuka AS pertama di ibu negara AS sejak Andre Agassi pada 2000, dan pemain kedua Terbuka AS pada 2014, Kei Nishikori, pemain nombor lima dunia dari Jepun yang akan bertemu Cilic sekali lagi pada separuh akhir.

Murray bergandingan dengan Daniel Nestor menentang Rohan Bopanna dan Florin Mergea dalam Terbuka Citi di Pusat Tenis Rock Creek Park di Washington semalam. – Reuters
Murray bergandingan dengan Daniel Nestor menentang Rohan Bopanna dan Florin Mergea dalam Terbuka Citi di Pusat Tenis Rock Creek Park di Washington semalam. – Reuters

Murray mengunjungi Rumah Putih Sabtu lalu dan menyimpan gambar–gambar tersebut dalam Internet, walaupun dia kecewa Presiden AS Barack Obama tidak ada di sana.

Dengan pencapaian 48-7 tahun ini, Murray meraih gelaran di Queen, Madrid dan Munich. Dia juga mara ke final di Miami dan Terbuka Australia dan separuh akhir di Wimbledon dan Terbuka Perancis.

Murray berharap untuk menambah trofi Grand Slam di Flushing Meadows setelah memenangi Terbuka AS 2012 dan Wimbledon 2013.

Selepas Wimbledon, Murray adalah wira Britain ketika menewaskan Perancis 3-1 dalam Piala Davis dan mara ke separuh akhir pada September lalu menentang Australia. Murray dilatih oleh Jonas Bjorkman dari Sweden sementara jurulatih Amelie Mauresmo mengambil cuti bersalin kerana dijangka bersalin akhir tahun ini.