Murray cuba sesuaikan diri di Madrid

Murray cuba sesuaikan diri di Madrid

MADRID, 6 Mei (AFP) – Andy Murray bekerja keras semalam untuk beralih daripada keadaan perlahan dan sukar di Munich kepada altitud tinggi di gelanggang tanah liat ibu negara Sepanyol untuk pembukaan cabaran di Madrid Masters.

Pemain ranking ketiga dari Scotland itu tiba selepas memenangi gelaran gelanggang tanah liat pertamanya di Munich dalam persaingan yang ditangguhkan Isnin lalu, tetapi menghadapi cabaran untuk bertukar kepada gelanggang berbeza di Caja Magica, Madrid.

“Kemenangan di gelanggang tanah liat Munich positif bagi saya. Itu adalah matlamat saya tahun ini,” kata Murray, yang hanya tiga kali menempah tempat suku akhir sejak Madrid bertukar kepada gelanggang tanah liat pada 2009.

Murray menewaskan Philipp Kohl-screiber dalam pertandingan akhir Jerman selama tiga jam dan akan berdepan pesaingnya pada pusingan kedua lewat hari ini jika Kohlschreiber menewaskan pemain kelayakan Alejandro Fall pada pusingan pertama.

“Ia adalah pertandingan yang sukar dengan penyudah dramatik. Ia selalu menjadikannya sedikit baik,” kata Murray mengenai penggantinya.

Andy Murray semasa beraksi menentang Philipp Kohlscreiber di Terbuka Munich Sabtu lalu. – AFP
Andy Murray semasa beraksi menentang Philipp Kohlscreiber di Terbuka Munich Sabtu lalu. – AFP

“Ini memberikan saya sedikit keyakinan untuk Terbuka Perancis yang tinggal beberapa minggu saja lagi.

“Adalah menarik untuk menang pada setiap peringkat. Saya berharap memiliki permainan yang bagus dalam salah satu daripada dua pertandingan seterusnya, sama ada di sini atau Rom dan bersedia untuk pertandingan Perancis.”

Kemenangan Murray di Munich juga menandakan minggu pertama bersama jurulatih baru, Jonas Bjorkman, dengan pemain berpengalaman dari Sweden itu hadir untuk meningkatkan kelonggaran kerana jurulatih wanita, Amelie Mauresmo hamil.

“Banyak penangguhan kerana hujan tetapi positif kerana kami juga perlu menghabiskan banyak masa untuk mengenali sesama sendiri dan mengetahui pasukan,” kata Murray mengenai latihannya bersama Bjorkman.

ARTIKEL YANG SAMA