Murray dalam ‘keadaan terbaik’ di Terbuka AS

Murray dalam ‘keadaan terbaik’ di Terbuka AS

NEW YORK, 28 Ogos – Andy Murray mengakui dia beraksi dengan permainan terbaiknya tatkala dia dilihat bersedia untuk menguasai kelemahan semakin ketara pesaingnya untuk memenangi gelaran Terbuka AS kali kedua.

Menjelang bermulanya Grand Slam esok, pemain berusia 29 tahun itu, adalah pemain utama pada ketika ini.

Sejak tewas dalam Terbuka Perancis kepada Novak Djokovic pada Jun lalu, Murray telah memenangi Queen’s Club, gelaran Wimbledon kedua dan berjaya mempertahankan mahkota Olimpiknya di Rio.

Kemenangan yang terbaik sepanjang 22 perlawanan dalam kerjayanya terhenti di tangan Marin Cilic di final Cincinnati hujung minggu lalu apabila dia dalam keletihan.

Gambar fail bertarikh 27 Mei 2016 menunjukkan aksi Andy Murray semasa menentang Ivo Karlovic di pusingan ketiga Terbuka Perancis di Stadium Roland Garros, Paris. – AP
Gambar fail bertarikh 27 Mei 2016 menunjukkan aksi Andy Murray semasa menentang Ivo Karlovic di pusingan ketiga Terbuka Perancis di Stadium Roland Garros, Paris. – AP

Ini tidak menjejaskan keyakinannya yang dia boleh memenangi Terbuka AS kali kedua, empat tahun selepas kejayaannya di New York yang menyaksikannya menjadi lelaki British pertama dalam tempoh 76 tahun memenangi gelaran Grand Slam.

Murray yang tiga kali memenangi gelaran itu, mengakui dia melihatnya secara positif, bukan dari kesamaran kerjayanya.

“Anda perlu merebut setiap peluang. Ia adalah pemikiran yang berbeza, mungkin apabila anda masih muda dan anda merasakan masa masih berpihak kepada anda,” kata Murray.

Beliau beraksi dalam tiga persaingan akhir pada 2016, tewas kepada pemain nombor satu dunia, Djokovic di Melbourne dan Paris sebelum menewaskan Milos Raonic dalam straight set di Wimbledon. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA