Murray dedah nota peribadi

Murray dedah nota peribadi

Andy Murray

LONDON, 28 Julai – Andy Murray (gambar) telah mendedahkan rahsia di sebalik nota peribadinya yang mendorongnya mem-perolehi kejayaan menjulang gelaran Wimbledon dan akan memberi inspirasi kepada usahanya untuk lebih maju dalam Olimpik nanti.

Murray sering dilihat membaca sehelai kertas ketika rehat dalam permainan berikutan kejayaan bersejarahnya merangkul gelaran juara Wimbledon kedua pada bulan Julai.

Pengurus dari Scotland mendedahkan satu topik yang jarang dibahaskan dalam sesi motivasi selepas kejayaannya di All England Club.

Pemain berusia 29 tahun itu, yang telah bekerja dengan seorang ahli psikologi sukan pada masa lalu, menulis mengenai aspek penting dalam rancangan permainannya untuk memberi tumpuan kepada setiap perlawanan dan membuat peringatan inspirasi bagi menjamin kualiti permainannya.

Sebagai persediaan Murray untuk mempertahankan pingat emas Olimpik perseorangan yang dimenanginya empat tahun lalu di London, pemain nombor dua dunia itu sekali lagi akan menggunakan notanya untuk panduan di Rio.

“Ia adalah nota peribadi. Sebahagian daripadanya tetap sama sepanjang masa. Ia juga merupakan perkara asas yang memberi peringatan kepada saya untuk berjuang sepanjang perlawanan,” kata Murray.

“Apabila saya bermain tenis dengan baik, saya rasa seperti saya melakukan perkara-perkara ini.

‘Saya fikir apabila saya bermain tenis dengan baik, saya melakukan ini, X, Y dan Z, apa sahaja pada nota. Kemudian saya mempunyai beberapa nota taktik untuk perlawanan.

‘Kadang-kadang apabila anda berada dalam set kedua tie-break dalam perlawanan akhir Slam, ia adalah mudah untuk lupa apa yang anda cuba lakukan. – AFP