Murray ‘dihukum’ jika tidak beraksi

Murray ‘dihukum’ jika tidak beraksi

LONDON, 22 Sept (dpa) – Andy Murray kemungkinan berdepan hukuman jika dia meneruskan rancangannya untuk kemungkinan tidak beraksi dalam Jelajah ATP Dunia di London.

Idea tersebut dijelaskan oleh pemain dari Scotland itu ketika pasukan Britain mencatatkan kejayaan separuh akhir Piala Davis, pada hujung minggu ke atas Australia, yang meletakkannya ke final pada 27-29 November di Belgium.

Murray, yang mengetuai negaranya ke final pertama sejak 1978, bimbang beraksi dalam pertandingan elit ATP di gelanggang keras di London tidak akan memberikannya masa mencukupi untuk mengubah apa yang dilihatnya sama dengan permukaan tanah liat dalam persaingan Piala Davis.

Murray memberitahu BBC, jika Piala Davis diadakan di atas gelanggang tanah liat, dia akan mempertimbangkan untuk tidak beraksi di London, memandangkan ia mengambil masa baginya untuk bertukar dan menjurus kepada kesakitan bahagian belakang.

Murray dapat merasakan bebanan terhadap ATP akan menurun jika dia memilih tidak beraksi dalam kejuaraan setempat. Pemain nombor tiga dunia itu, 28, dilihat terperangkap dalam persaingan panjang di antara ATP dan Persekutuan Tenis Antarabangsa.

Aksi Andy Murray ketika meraikan kejayaan menumpaskan Bernard Tomic dari Australia pada separuh akhir Piala Davis di Glasgow, Scotland, pada 20 Disember 2015. – AFP
Aksi Andy Murray ketika meraikan kejayaan menumpaskan Bernard Tomic dari Australia pada separuh akhir Piala Davis di Glasgow, Scotland, pada 20 Disember 2015. – AFP

Akhbar-akhbar British mengambil kira bahawa bukan hanya tidak beraksi dalam pertandingan London merugikan dari segi hadiah kewangan – pemain akan mendapat AS$100,000 hanya untuk kelayakan – tetapi bonus kewangannya akhir tahun ATP juga akan terjejas.

Pemenang London itu mencatatkan keuntungan hampir AS$2 juta tambahan.

Jumlah itu mungkin tidak membimbangkan Murray berbanding dengan kejayaan – dan berpotensi mendapatkan keuntungan – ia mungkin menjejaskan gelaran Piala Davis.

Pemain dari Scotland itu, yang diganggu dengan masalah sakit belakangnya dalam kemenangan separuh akhir hujung minggu lalu ke atas Australia di Glasgow, menyusun kembali jadual musim luruhnya dan dijadualkan beraksi sekali di Asia, pada Shanghai Masters bulan depan.

Jika Murray tidak beraksi di London, dia akan terjejas dari “kedudukan terbaik” dengan ATP.

Bos ATP, Chris Kermode menggelar final “acara mandatori dalam Jelajah ATP Dunia. Semua pemain yang layak, melainkan kecederaan, diperlukan untuk bersaing dalam pertandingan itu.”