Murray, Djokovic sukar dikejar

Murray, Djokovic sukar dikejar

LONDON, 13 Nov – Stan Wawrinka mengakui Andy Murray dan Novak Djokovic telah menetapkan standard tinggi yang mana dia sendiri tidak pernah terfikir untuk mengatasi mereka dalam ranking dunia.

Murray mengakhiri pemerintahan 122 minggu Djokovic sebagai pemain nombor satu dunia minggu lepas dan pemain Scotland itu memutuskan untuk mengatasi pemain Serbia itu pada kejohanan Jelajah Akhir ATP minggu depan untuk mengesahkan dia menamatkan musim 2016 ini di tangga teratas.

Sebagai pemain nombor tiga dunia, Wawrinka adalah pencabar terdekat dua jaguh dunia tenis itu dan dia tiba di Arena London O2 dengan status yang tinggi setelah dinobatkan juara Terbuka AS September lepas.

Namun, meskipun memenangi satu daripada gelaran Grand Slam dalam tempoh tiga tahun kebelakangan, dia hanya kini meraih 5,115 mata dalam ranking dunia berbanding Murray 11,185 mata dan Djokovic dengan 10,780 mata. – AFP

Wawrinka menyatakan bahawa untuk memperoleh ranking pertama adalah mustahil ketika ini. - AP
Wawrinka menyatakan bahawa untuk memperoleh ranking pertama adalah mustahil ketika ini. – AP

ARTIKEL YANG SAMA