Murray fokus pertahan pingat emas di Olimpik

Murray fokus pertahan pingat emas di Olimpik

TORONTO, Kanada, 19 Julai – Juara Wimbledon, Andy Murray menarik diri daripada beraksi di Piala Rogers di sini bagi mendapatkan rehat yang cukup sebelum kembali ke gelanggang untuk mempertahankan pingat emas Olimpik di Rio, Brazil pada bulan depan.

Jaguh tenis Britain itu menjulang trofi Piala Rogers ketiganya pada tahun lalu di Montreal namun penyandang juara itu berkata selepas dia melangkah ke lima final dalam lima kejohanan yang disertainya, dia perlu berehat.

Murray berkata badannya hanya memerlukan lebih rehat selepas melangkah tahap tertinggi dalam beberapa kejohanan lalu.

“Badan saya memerlukan sedikit masa untuk pulih,” kata Murray yang ketika ini menghuni ranking kedua dunia dalam kenyataan dikeluarkan badan induk, Tennis Canada.

“Saya meminta maaf kepada peminat-peminat di Toronto namun saya bercadang untuk kembali ke Kanada pada tahun depan.”

Murray ketika beraksi menentang Raonic dalam acara perseorangan lelaki akhir Kejohanan Tenis Wimbledon di London pada 10 Julai yang lalu. Murray menarik diri daripada beraksi di Piala Rogers bagi mendapatkan rehat yang cukup sebelum kembali ke gelanggang untuk mempertahankan pingat emas Olimpik di Rio, Brazil bulan depan. – AFP

Keputusan Murray juga menandakan ini kali pertama juara tiga kali gelaran Grand Slam itu tidak menyertai kejohanan di Kanada sejak kali pertama beraksi pada 2006.

“Sudah tentu kami kecewa,” kata pengarah kejohanan Karl Hale. “Andy adalah salah seorang pemain yang terbaik di dunia dan menjadi kegemaran peminat. Dia akan terlepas tetapi kami mengharapkan kejayaan berterusan.”

Piala Rogers akan berlangsung pada 23 hingga 31 Julai ini dan tenis di Rio akan membuka gelanggang pada 6 hingga 14 Ogos depan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA