Murray hampiri mahkota Queen’s Club

Murray hampiri mahkota Queen’s Club

LONDON, 19 Jun (AFP) – Andy Muray selangkah lebih hampir untuk mencatatkan rekod- menyamai gelaran keempat Queen’s Club selepas pilihan utama itu menewaskan Fernando Verdasco 7-5, 6-4 sementara Grigor Dimitrov menyertai senarai pemain bintang yang terjejas.

Ketika juara bertahan Dimitrov tewas 6-4, 7-6 (7/5) kepada Gilles Muller pada pusingan kedua semalam, Murray menghindari daripada menjadi nama terbesar baru yang tumbang dengan kemenangan staright set kedua berturut–turut pada pertandingan pemanasan Wimbledon.

Dimitrov yang disingkirkan pemain nombor 48 dunia dari Luxembourg hadir semasa kekalahan mengejut Rafael Nadal kepada Alexandr Dolgopolov dari Ukraine dan juara Terbuka Perancis, Stan Wawrinka pula tewas menentang Kevin Anderson.

Murray akan dijadualkan menghadapi Dimitrov pada suku akhir hari ini, jadi beberapa kekecewaan meletakkan pemain nombor tiga dunia sekarang mencatatkan rekod 22-5 di Queen sebagai pemain pilihan untuk memenangi gelaran menjelang pertemuannya bersama Muller.

Muray semasa menentang Fernando Verdasco di Queen’s Club semalam. - Reuters
Muray semasa menentang Fernando Verdasco di Queen’s Club semalam. – Reuters

Pemain berusia 28 tahun itu kali terakhir menang di Queens pada 2013 dan jika dia menjulang trofi Ahad ini, dia akan menyertai Boris Becker, John McEnroe, Andy Roddick dan Lleyton Hewitt sebagai pemenang rekod bersama pertandingan.

“Fernando seorang pemain yang kuat dan anda tidak berpeluang untuk berada dalam persaingan lama dengannya. Tetapi dia tidak melakukan servis dengan baik sehingga memberikan saya beberapa peluang. Saya gembira dengan pergerakan saya. Ia lebih baik berbanding pertandingan pertama saya,” kata Murray.

Walaupun Verdasco menekan Murray ke tepi dengan mendahului dua set sebelum tewas dalam lima pada suku akhir Wimbledon 2013 dengan pemain dari Scotland itu menang 10 daripada 11 pertemuan lalu mereka.

ARTIKEL YANG SAMA