Murray ingin ‘berguru’ dengan Mourinho

Murray ingin ‘berguru’ dengan Mourinho

LONDON, 21 Jun (AFP) – Bintang tenis terkenal, Andy Murray berkata, dia ingin belajar rahsia kejayaan Jose Mourinho, tatkala pemain itu sedang berdepan cabaran meraih gelaran All England Club.

Murray bergelut dalam tiga set untuk mencatat kemenangan ke atas Gilles Muller dalam saingan suku akhir semalam, pada aksi pemanas badan di Queen’s Club, sebelum terserempak dengan pengurus pasukan Chelsea itu.

Dia kemudian berbual seketika dengan pengendali skuad The Blues itu dan merakamkan gambar sebelum menyiarkannya menerusi akaun Instragram miliknya. Juara Wimbledon tahun 2013 itu menjadi rapat dengan Mourinho sejak menggunakan padang latihan Chelsea, yang kedudukannya berhampiran kediamannya di Cobham, ketika menjalani proses pemulihan dari pembedahan tahun lalu.

“Lama saya tak jumpa dia biarpun ada peluang,” kata Murray. “Tapi saya berminat untuk berbual dengannya bagi memahami bagaimana dia boleh menjadi hebat. Kejayaan konsisten yang dikecapinya adalah sangat mengagumkan.”

Jose Mourinho (kiri) watches menyaksikan Andy Murray menentang Viktor Troicki di Kejohanan ATP Aegon di Queen’s Club semalam. – Reuters
Jose Mourinho (kiri) watches menyaksikan Andy Murray menentang Viktor Troicki di Kejohanan ATP Aegon di Queen’s Club semalam. – Reuters

Murray beraksi di tahap kurang terbaik dirinya ketika menentang Muller, namun dia mengakui lega kerana dapat mempamerkan persembahan yang memberi kemenangan di depan Mourinho sebelum ini.

“Saya berkata kepadanya, persembahan saya kali ini lebih baik berbanding ketika dia datang sebelumnya iaitu ketika ketika saya bertemu Roger Federer pada aksi final 02,” katanya.