Murray inspirasi Scotland

Murray inspirasi Scotland

LONDON, 8 Nov – Pembantu pengurus Scotland Mark McGhee berkata lonjakan Andy Murray ke tangga teratas ranking dunia tenis boleh memberikan inspirasi kepada negaranya untuk menempah kejayaan menentang pesaing lama England.

Murray, 29, yang memenangi pertandingan Wimbledon dan pingat emas Olimpik tahun ini, secara meluasnya dikenali sebagai salah seorang ahli sukan terhebat Scotland.

Menjelang pertandingan kelayakan Piala Dunia menentang England di Wembley, Jumaat ini, McGhee yang bertindak sebagai pembantu kepada Gordon Strachan ketika ditanya jika pemain bola sepak Scotland digalakkan untuk mengikut jejak Murray.

“Lebih baik daripada itu, kefahaman saya adalah dia hadir bagi pertandingan itu,” McGhee memberitahu wartawan semalam.

“Bagi pemain untuk mengetahui dia sudah berada di atas sana dan bagi pemain untuk mengiktui jejak pencapaian yang dicapainya, saya rasa setiap seorang daripada kami adalah peminat utama Andy Murray dan menghormati pencapaian yang dilakukannya bagi dirinya dan negara. Untuk mengikuti jejak itu dalam cara tertentu adalah luar biasa.”

Murray bergambar dengan trofi kejuaraan selepas menang final Paris Master ATP dengan menewaskan John Isner di Bercy Arena, Paris pada 6 November lalu. - AP
Murray bergambar dengan trofi kejuaraan selepas menang final Paris Master ATP dengan menewaskan John Isner di Bercy Arena, Paris pada 6 November lalu. – AP

Murray, seorang peminat bola sepak, juga pemain tenis perseorangan pertama British untuk menjadi pemain nombor satu dunia sejak ranking ATP diperkenalkan selepas peningkatannya ke kedudukan teratas disahkan pada hujung minggu.

Scotland memerlukan semua inspirasi yang mereka boleh dapat menentang England ketika mereka berjuang untuk kembali ke litar perebutan untuk mara ke Piala Dunia 2018.

Keputusan seri 1-1 menentang Lithuania dan kekalahan 3-0 di Slovakia dalam persaingan kelayakan terakhir menyaksikan pasukan Strachan berada di tangga keempat dalam Kumpulan F.

“Tidak mengira apa jua keputusan, apabila undian ini dilakukan, ia perlawanan yang penting,” kata McGhee. “Kami memberikan sokongan besar di sana. Itu adalah fokus kami.

“Saya boleh membayangkan pemain dan saya tahu terutamanya pengurus mahu memberikan mereka sesuatu dan keputusan menentang England adalah sempurna.” – AFP

piala-dunia