Murray juara, tewaskan Jokers

Murray juara, tewaskan Jokers

ROM, 16 Mei (AFP) – Bintang tenis Britain, Andy Murray meraikan hari lahirnya ke-29 penuh bergaya dengan memenangi gelaran pertama Rom Masters, awal pagi tadi selepas menewaskan pilihan utama, Novak Djokovic di pentas final.

Kemenangan Murray yang diletakkan pilihan kedua kejohanan itu berjaya membalas kekalahannya di final Madrid Masters, minggu lalu juga ke atas Djokovic dengan keputusan 6-3, 6-3 dalam tempoh sejam 35 minit.

Untuk rekod, daripada keseluruhan 32 pertemuan sebelum ini, Murray hanya mencatat 10 kemenangan menentang pemain nombor satu dunia itu. “Tahniah Andy, kamu melakukan kerja yang hebat hari ini.

Kamu jelas terlalu bagus,” kata Djokovic di atas gelanggang sejurus kekalahan itu.

Murray menjulang trofi kejuaraan selepas berjaya menewaskan Djokovic pada Perlawanan Akhir Rome Masters awal pagi tadi. – AP
Murray menjulang trofi kejuaraan selepas berjaya menewaskan Djokovic pada Perlawanan Akhir Rome Masters awal pagi tadi. – AP

Rom Masters adalah kejuaraan ketiga Murray di gelanggang tanah liat mengikuti kejayaan di Munich dan Madrid, tahun lalu.

Begitupun, kemenangan itu hadir tepat pada masanya iaitu dua minggu sebelum kejohanan Grand Slam kedua tahun ini, Terbuka Perancis di Roland Garros membuka tirainya.

Murray sebelum itu melangkah ke final selepas mudah menewaskan pemain Perancis, Lucas Pouille pada Sabtu dengan Djokovic terpaksa mengharungi perlawanan epik tiga jam menentang jaguh Jepun, Kei Nishikori.

ARTIKEL YANG SAMA