Murray juarai Kejohanan Aegon

Murray juarai Kejohanan Aegon

LONDON, 20 Jun (AP) – Andy Murray dari Britain memenangi gelaran kelima di Queen’s Club semalam ketika juara bertahan pilihan utama pulih daripada ketinggalan satu set dan mencatatkan 3-0 untuk menewaskan Milos Raonic 6-7 (5), 6-4, 6-3.

Kedua-dua pemain menghadapi break point pada set pembukaan, dan selepas mendapatkan tiebreaker, Raonic menghasilkan permulaan pantas sehingga set kedua dengan hanya melepaskan satu mata dalam tiga permainan awal.

Murray dilihat disaingi, tetapi dia memberikan tindak balas dengan memenangi lima permainan seterusnya dalam laluan untuk menyamakan kedudukan.

Andy Murray menjulang trofi Kejohanan Aegon. – AP
Andy Murray menjulang trofi Kejohanan Aegon. – AP

Meneruskan momentumnya pada set akhir, Murray mendahului 1-0, dan menghasilkan break pada kedudukan 5-3 bagi gelaran keduanya tahun ini.

“Ia adalah perlawanan yang jelas terlalu bermakna bagi saya,” kata Murray.

“Ia selalu memiliki pemain yang hebat dan pemain-pemain yang saya tewas dalam final, banyak pemain yang terbaik. Ia bukanlah persaingan akhir yang mudah.”

ARTIKEL YANG SAMA