Murray julang trofi ATP AEGON

Murray julang trofi ATP AEGON

LONDON, 22 Jun (AFP) – Andy Murray menyamai rekod merangkul empat kali kejuaraan Kejohanan AEGON di Queen’s Club, di sini selepas menumbangkan pemain Afrika Selatan, Kevin Anderson 6-3, 6-4.

Murray menyertai John McEnroe, Boris Becker, Andy Roddick dan Lleyton Hewitt untuk muncul sebagai pemenang empat kejuaraan pada pertandingan pemanas badan Kejohanan Wimbledon di era terbuka itu.

Ini adalah kejuaraan ketiga ATP di rangkul Murray sepanjang tahun ini selepas kemenangan di Munich dan Madrid, sekali gus meneruskan pencapaian cemerlang sejak berkahwin pada April lalu.

Dengan 34 kejuaraan ATP termasuk enam di atas rumput, Murray bergerak sehingga tangga ke-18 dalam senarai era Terbuka sebaris dengan Arthur Ashe, Michael Chang dan John Newcombe.

Yang lebih penting lagi, ia adalah gelaran nombor tiga dunia pertama gelanggang rumput sejak kemenangan Wimbledon bersejarah dalam 2013.

Andy Murray menjulang trofi Kejohanan ATP AEGON selepas menewaskan Kevin Anderson semalam. – AFP
Andy Murray menjulang trofi Kejohanan ATP AEGON selepas menewaskan Kevin Anderson semalam. – AFP

Kejayaan yang mendefinisikan kerjayanya dua tahun lalu itu muncul selepas menang tiga kempen di Queen’s Club dan, dengan Wimbledon hanya lapan hari sahaja lagi, kemenangan kejam 64 minit Murray ke atas pemain nombor 17 dunia itu menunjukkan dia berada dalam mood untuk melancarkan satu cabaran untuk mahkota kedua All England Club.

“Saya bermain lebih baik minggu seterusnya. Saya datang dengan beberapa pukulan hebat hari ini dan saya terpaksa bermain dengan cara yang sama jika mahu menang,” kata Murray.

“Anda mahu pergi ke Wimbledon selepas menang di gelanggang rumput. Saya bermain lebih baik berbanding 2013 tetapi amat sukar untuk memenangi acara-acara ini.”

Anderson pula menambah: “Andy adalah pemain yang hebat. Sukar menentang dia di sini, tetapi saya boleh mengambil banyak yang positif minggu ini.”