Murray jumpa Raonic di final

Murray jumpa Raonic di final

LONDON, 19 Jun (AFP) – Andy Murray melangkah setapak lebih hampir untuk memenangi gelaran Queen’s Club kelima ketika juara bertahan itu mara ke final dengan mencatatkan kejayaan 6-3, 4-6, 6-3 ke atas Marin Cilic semalam.

Murray dipaksa bekerja keras oleh Cilic tetapi mengetepikan pemain dari Croatia itu dalam persaingan separuh akhir yang sengit selama dua jam dan akan menghadapi Milos Raonic bagi merebut trofi hari ini selepas pilihan ketiga dari Kanada itu menewaskan Bernard Tomic dari Australia 6-4, 6-4.

Tumpuan utama pemain dari Scotland itu, 29, adalah untuk menguasai permainan di gelanggang permukaan rumput dengan Wimbledon hanya bermula dalam tempoh lebih seminggu saja lagi, tetapi dia juga gembira mengatasi Joh McEnroe, Andy Roddick, Lleyton Hewitt, Roy Emerson dan Boris Becker sebagai satu-satunya pemenang bagi mahkota Queen’s.

“Terdapat banyak pemain hebat sejak beberapa tahun yang beraksi di sini jadi jika saya boleh melakukan lebih baik dari mereka dan memenangi gelaran kelima, jadi ia adalah petanda yang bagus, tetapi saya pasti tidak melihat segalanya mudah.” Kata Murray.

Mara bagi kali tahun kelima ini adalah satu yang menggalakkan bagi Murray dalam tempoh seminggu dia bersatu kembali bersama jurulatih Ivan Lendl, dua tahun selepas mereka membawa haluan masing-masing.

Andy Murray dan Milos Raonic bersaing bagi perlawanan akhir di Queen’s Club. – AFP
Andy Murray dan Milos Raonic bersaing bagi perlawanan akhir di Queen’s Club. – AFP

Juara Grand Slam dua kali itui dilihat mengalami kekecewaan Terbuka Perancis tewas kepada Novak Djokovic ketika dia bersedia bagi percubaan terbaru untuk mengikuti jejak kejayaan bersejarah Wimbledon 2013.

“Marin bermain dengan baik di atas gelanggang permukaan rumput jadi saya tahu saya perlu beraksi dengan baik. Terdapat beberapa mata yang bagus,” kata Murray.

“Pada set ketiga kedudukan semakin meningkat dan saya beraksi dengan beberapa pukulan yang bagus pada akhirnya.

“Saya berharap boleh membuat servis seperti itu sekali lagi pada akhir. Ia adalah penting di atas permukaan ini.”

Selepas menentang pesaing dari British dalam dua pusingan sebelumnya, Murray bersedia menikmati sokongan sepenuhnya penonton sekali lagi dan tidak mengambil masa yang lama untuk menceriakan mereka.