Murray ke kelompok 16 terakhir

Murray ke kelompok 16 terakhir

NEW YORK, 4 Sept – Juara Wimbledon, Andy Murray mengatasi pemain bertenaga dari Itali, Paolo Lorenzi 7-6 (7/4), 5-7, 6-2, 6-3, awal pagi tadi untuk mara ke kelompok 16 terakhir di kejohanan Terbuka AS.

Agak hambar dan sukar pada awal persaingan, Murray berjaya mengawal Lorenzi, 34, tetapi bekerja keras bagi membuat temu janji bersama Grigor Dimotrov yang menang 6-4, 6-1, 3-6, 6-2 ke atas Joa Sousa dari Portugal.

Lorenzi, yang menjadi pemenang pertama tertua dalam jelajah ATP apabila dia menjulang trofi itu di Kitzbuehel pada Julai lalu, menewaskan Murray bagi pendahuluan 5-4 pada set pembukaan, hanya kali kedua juara Terbuka AS 2012 itu melepaskan servisnya minggu ini.

Dia memberikan break dengan melakukan kesilapan pada permainan seterusnya, Murray memanfaatkan tiebreaker untuk meneruskan dengan satu set selepas sejam.

Keduanya berbalas-balas empat break pada set kedua sebelum Lorenzi akhirnya memenangi set itu pada permainan ke-12, apabila Murray membuat satu lagi pukulan tinggi.

Andy Murray meraikan kemenangannya ke atas pemain dari Itali Paolo Lorenzi. - AFP
Andy Murray meraikan kemenangannya ke atas pemain dari Itali Paolo Lorenzi. – AFP

Pada set ketiga, Murray mampu untuk membuka break terhadap Lorenzi, menewaskannya sekali lagi bagi pendahuluan 4-1 dan menamatkan dengan ace.

Dilihat lebih selesa, Murray sekali lagi berusaha untuk memulakan set keempat, dan selepas mempertahankan break point pada permainan seterusnya, kedudukan tidak dapat dielakkan.

Tetapi ia lebih hampir dari yang dijangka bagi pemain ranking kedua dari Scotland itu, juara tiga kali Grand Slam yang masih segar setelah memenangi pingat emas di Olimpik Rio, menentang pemain nombor 40 dunia yang tidak pernah mara ke pusingan ketiga.

Dia memenangi dua pertandingan perseorangan Grand Slam dalam tempoh 13 tahun sebelum minggu ini.

Murray berkata ia bukan kerana dia memandang remeh Lorenzi.

“Saya menjangkakan pertandingan sukar, saya menjangkakan rali yang panjang,” katanya. “Saya hanya kecewa dengan beberapa kesilapan yang saya lakukan. Saya tidak bersabar pada ketika itu.

“Apabila saya melakukan permainan seperti yang saya rancangkan di luar sana, untuk lebih bersabar, menunggu bagi bola yang tepat, saya bermain lebih baik lagi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA