Murray ke suku akhir, Nadal terus mara

Murray ke suku akhir, Nadal terus mara

PARIS, 5 Nov (Agensi) – Andy Murray layak ke suku akhir setelah mengalahkan David Goffin dari Belgium dengan kedudukan 6-1, 6-0 pada kejohanan Paris Masters hari ini.

Terdahulu beliau dan Rafael Nadal mara ke pusingan ketiga kejohanan itu dengan masing-masing mencatatkan kemenangan straight set.

Pilihan kedua, Murray sebelum itu menewaskan Borna Coric, 18, dari Croatia 6-1, 6-2, sementara pilihan ketujuh Nadal menewaskan pemain kelayakan dari Czech, Lukas Rosol 6-2, 6-2.

Murray mencatatkan kemenangan 84 peratus dari mata servis pertamanya dan menewaskan Coric dua kali dalam setiap set. Coric, yang dikenali sebagai salah seorang pemain yang sedang meningkat dalam tenis, menewaskan Murray 6-1, 6-3 dalam suku akhir Kejohanan Dubai pada Februari lalu.

“Saya tewas kepadanya dengan cepat pada kali terakhir dan hari ini adalah berbeza,” kata Murray. “Saya memukul bola dengan baik dan mampu untuk bertahan, yang mana adalah penting daripada sebahagian permainan saya.”

Gambar fail menunjukkan Rafael Nadal (kiri) dan Andy Murray.
Gambar fail menunjukkan Rafael Nadal (kiri) dan Andy Murray.

Murray seterusnya akan menentang David Goffin dari Belgium, yang menewaskan Dusan Lajovic dari Serbia 6-2, 6-2. Murray dan Goffin juga akan bersaing sesama sendiri lewat bulan ini dalam Piala Davis.

“Goffin beraksi dengan kental, dalam tempoh 18 bulan dia begitu konsisten,” kata Murray.

“Dia begitu bagus dan pantas sekitar gelanggang.”

Nadal menghadapi masalah apabila dia menentang Rosol pada pusingan pertama Swiss Indoors minggu lalu, dengan pemain dari Czech memenangi set pertama 6-1 dan melakukan servis bagi kemenangan 5-4.

Tidak terdapat drama pada kali ini.Nadal mengetepikan Rosol pada permainan kedua dan bertahan bagi 3-0 selepas mendapatkan break point – satu-satunya yang dihadapinya dalam pertandingan itu.

“Saya bermain dengan baik,” kata Nadal. “Tidak terlalu banyak kesilapan.”

Dia memenangi set pertama apabila Rosol terjejas, dua pukulan backhand tersasar, dan kemudian memenangi mata penamat keduanya apabila pukulan forehand Rosol tersasar.

Nadal, yang tewas kepada Roger Federer dalam persaingan akhir Swiss Indoor, akan bertemu sama ada pilihan ke 11 Kevin Anderson dari Afrika Selatan atau Dominic Thiem dari Austria.

Nadal, 29, terjejas dengan kehilangan rentak tahun ini, jatuh ke kedudukan yang ke-10 dalam rangking pada Jun lalu.”

ARTIKEL YANG SAMA