Murray kekalkan rentak

Murray kekalkan rentak

LONDON, 17 Nov – Pemain tenis nombor satu dunia, Andy Murray menghampiri separuh akhir Jelajah ATP Final apabila berjaya mengejar Kei Nishikori dari belakang dengan keputusan 6-7 (9/11), 6-4, 6-4 dalam pertemuan yang berlangsung melebihi tiga jam dalam perlawanan yang berakhir awal pagi tadi.

Bintang dari Britain itu dipaksa bekerja keras oleh Nishikori yang menjadikan ia pertembungan paling lama dalam Jelajah ATP Final sepanjang tempoh tujuh tahun kejohanan itu diadakan di O2 Arena, London.

Pemain berusia 29 tahun itu akhirnya menundukkan bintang Jepun itu dalam masa tiga jam 20 minit, tetapi dia terpaksa menunggu pengesahan daripada empat lagi aksi selepas Stan Wawrinka menewaskan Marin Cilic 7-6 (7/3), 7-6 (7/3) pada pertemuan pada sebelah petang.

Disebabkan peraturan yang agak rumit, Murray akan bertemu juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) itu di mana nasibnya akan diputuskan pada perlawanan terbabit, sementara Nishikori juga berpeluang mara ke separuh akhir apabila akan bertemu Cilic.

Jika Cilic menewaskan Nishikori, maka Murray dan Wawrinka akan mara.

Perlawanan yang penuh aksi itu berakhir dalam masa tiga jam 20 minit. – AFP
Perlawanan yang penuh aksi itu berakhir dalam masa tiga jam 20 minit. – AFP

“Saya hanya bekerja keras. Kei membuatkan saya perlu melakukan banyak gerakan, ke sana sini namun tapi akhirnya saya menang,” kata Murray.

“Ini antara perlawanan yang memerlukan kerja keras. Saya rasa baik sekarang ini, tetapi ia seperti sering terjadi sebelum ini.

“Saya harap akan ada lagi tiga hari untuk sesi ini dan saya akan melakukan yang terbaik untuk mara.”

Murray kini sudah mengharungi rentetan 21 kemenangan, hanya kurang satu daripada 22 kemenangan berturut-turut yang diciptanya pada awal tahun ini.

Ia adalah kali pertama dia memulakan Jelajah ATP Final dengan dua kemenangan berturut-turut peringkat kumpulan sejak penampilan pertama dalam kejohanan di Shanghai pada 2008.

Novak Djokovic dalam pada itu mencatat kemenangan terhadap Milos Raonic untuk memberikan bintang Serbia itu 70 mata untuk mengatasi Murray secara tidak rasmi ‘dalam carta’ tetapi setiap kemenangan di final Jelajah memberikan 200 mata.

Untuk memastikan menamatkan 2016 di kedudukan tertinggi, Murray harus memenangi kejohanan ini untuk pertama kali, ataupun memberikan peluang kepada Djokovic kembali memintas kedudukannya.

Nishikori yang masih berpeluang mara ke separuh akhir berkata: “Ia begitu hampir, Andy seorang pemain yang sukar ditundukkan. – AFP