Murray lepasi cabaran Ferrer

Murray lepasi cabaran Ferrer

MELBOURNE, 27 Jan – Pemain nombor dua dunia Andy Murray berjaya melepasi tentangan pemain Sepanyol David Ferrer dalam empat set untuk mara ke separuh akhir keenam dalam tujuh tahun di Terbuka Australia hari ini.

Naib juara empat kali itu menyudahkannya dengan 6-3, 6-7(5/7), 6-2, 6-3 dalam masa tiga jam 20 minit dan akan menentang sama ada Milos Raonic pada separuh akhir Jumaat ini.

Ferrer membuktikan dia lawan yang sukar buat Murray, sering membuatkan Murray untuk berusaha bagi mendapatkan mata yang menunjukkan keupayaan fizikal di Arena Rod Laver.

Pemain Scotland yang terganggu apabila bapa mertuanya pengsan pada awal kejohanan, kini tiba ke separuh akhir Grand Slam ke-18 dalam kerjayanya untuk cuba untuk naik setapak lagi selepas kalah empat kali pada perlawanan akhir Melbourne.

Murray kelihatan mengambil manfaat dalam perubahan keadaan gelanggang perlahan apabila atap Arena Rod Laver ditutup pada set ketiga bagi mengelakkan ribut petir yang bakal tiba.

Andy Murray kelihatan berpuas hati selepas menewaskan David Ferrer dari Sepanyol. – Reuters
Andy Murray kelihatan berpuas hati selepas menewaskan David Ferrer dari Sepanyol. – Reuters

“Saya mendapati ia lebih mudah untuk memulangkan pukulan. Keadaan begitu berangin ketika atap dalam keadaan buka, lalu membalas pukulan agak susah sedikit apabila berdepan dengan pukulan forehand tepat David yang ekstrem, ia begitu membantu saya serba sedikit,” ujar Murray.

“Ia sebenarnya begitu bagus buat kami untuk mendapat rehat seketika kerana kami memainkan beberapa rali yang ganas pada awal set ketiga dan penghujung set kedua, jadi saya kembali dengan lebih segar.” Murray, yang secara ketara memantaskan servis keduanya yang lemah, melanjutkan rekod kemenangannya ke atas Ferrer kepada 13-6.

Sementara itu, satu perlawanan hebat akan berlangsung hari ini di mana juara bertahan Novak Djokovic akan menentang Roger Federer bagi melayakkan diri ke perlawanan akhir di Terbuka Australia yang mana perlawanan yang sangat-sangat dinantikan oleh peminat tenis seluruh dunia. – AFP