Murray mungkin tidak bersaing pada Terbuka Australia

Murray mungkin tidak bersaing pada Terbuka Australia

LONDON, 17 Dis – Bintang tenis Britain, Andy Murray mungkin terpaksa meninggalkan Terbuka Australia, tahun depan lebih awal bagi menyambut kelahiran anak pertamanya, menurut laporan media tempatan di sini yang dikeluarkan, hari ini.

Grand Slam pertama bagi 2016, Terbuka Australia dijadualkan berlangsung pada 18 hingga 31 Januari dengan isteri Murray, Kim dijangka melahirkan anak pertama mereka sekitar Februari.

Begitupun, pemain nombor dua dunia itu berkata dia akan meninggalkan Melbourne dan kembali ke Britain seandainya isterinya perlu memasuki bilik pembedahan lebih awal daripada jangkaan.

“Saya akan pulang ke rumah. Ya, sudah tentu,” kata Murray kepada akhbar Daily Mail.

“Ia amat jelas sesuatu yang penting. Saya mahu memastikan pada awalnya yang saya akan berada di sana dan cuba untuk membantu, hanya berada di sana untuk apa juga alasan yang memerlukan saya.”

Murray yang menjulang Great Britain menjuarai Piala Davis, bulan lalu dengan menewaskan Belgium di final sudah empat kali melangkah ke final Terbuka Australia namun tewas. – AFP

Andy Murray mungkin tidak bermain pada Terbuka Australia kerana ingin menyambut kelahiran anak pertamanya. - Reuters
Andy Murray mungkin tidak bermain pada Terbuka Australia kerana ingin menyambut kelahiran anak pertamanya. – Reuters