Murray sedia hadapi Raonic

Murray sedia hadapi Raonic

MELBOURNE, 28 Jan – Tumpuan Andy Murray sering menyimpang ketika persaingan Terbuka Australia tetapi kini memerlukan fokus yang tajam dalam separuh akhir esok menentang Milos Raonic.

Pemain nombor dua dunia itu digegarkan dengan kecemasan perubatan melibatkan bapa mertuanya, Nigel Sears awal pertandingan, sementara itu isterinya sedang sarat mengandung di Britain.

Murray mengetepikan sebarang gangguan untuk menewaskan David Ferrer dalam empat set pada pertandingan suku akhir dan pemain dari Scotland itu perlu untuk menumpukan ke arah pertandingan menentang Raonic, yang juga mempamerkan peningkatan sepanjang kerjayanya.

Bekas finalis separuh akhir Wimbledon itu, Raonic telah lama digambarkan bagi perkara–perkara besar pada grand slam dan dibimbing oleh jurulatih baru, Carlos Moya, pilihan ke-13 yang mungkin sudah memenuhi janjinya.

Raonic selalu memberikan persaingan sebagai salah seorang pemain dengan servis kencang dalam Jelajah tetapi dikritik pada masa lalu kerana bermain dengan satu gaya terhadap pemain seperti Roger Federer dan Novak Djokovic, yang beraksi dalam separuh akhir pertama semalam.

Andy Murray bersedia untuk menghadapi tentangan Milos Raonic dalam perlawanan separuh akhir Terbuka Australia hari ini. – Reuters
Andy Murray bersedia untuk menghadapi tentangan Milos Raonic dalam perlawanan separuh akhir Terbuka Australia hari ini. – Reuters

Tetapi pemain dari Kanada itu menunjukkan kemantapan ketika grand salam tahun pertama, tumpuan taktik servis dan volinya yang agresif yang membantu menewaskan juara 2014, Stan Wawrinka dalam lima set pada pusingan keempat.

Dia terus kekal di garisan ketika menentang pesaing suku akhir, Gael Monflis tetapi terus mengekalkan mata lebih pantas dan pertandingan empat set berakhir kurang dari dua jam.

Raonic menunjukkan dirinya sebagai pemain dengan perancangan dan memuji Moya kerana membantunya menyediakan bagi pemain tertentu.

Federer kagum dengan peningkatan pemain itu, 25, selepas tewas kepadanya dalam pertandingan di Brisbane International.

“Bagi pemain berbadan besar, dia bergerak dengan baik. Dia memperbaiki kecergasan sejak beberapa tahun lalu. Juga secara taktik dia lebih baik sekarang berbanding sebelumnya,” kata Federer selepas pertandingan itu.

“Dia melakukan usaha yang berhati–hati dengan beraksi di garisan, yang mana sebelumnya apabila dia bertugas bersama jurulatih Sepanyol dia terlalu jauh.”

Raonic berkongsi rekod 3-3 bersama Murray tetapi tewas dua pertandingan lalu kepada pemain itu, 28, dalam straight set. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA