Murray sokong pindaan wildcard Wimbledon

Murray sokong pindaan wildcard Wimbledon

LONDON, 17 Jun (AFP) – Andy Murray menyokong keputusan Persekutuan Tenis Rumput (LTA) untuk menukar ciri–ciri kemasukan wildcard ke Wimbledon.

Pada masa sebelumnya, pemain dari Britain yang berada di ranking 250 ke atas akan diberikan pas percuma ke dalam undian utama Wimbledon dan kerap memberikan respons kepada hadiah itu dengan persembahan hambar dalam Grand Slam gelanggang rumput.

Alex Bogdanovic terkenal tewas lapan kali berturut–turut pada pusingan pertama di antara 2002 dan 2009 selepas diberikan wildcard.

Tetapi garis panduan 250 terbaik sekarang dihentikan dan Wimbledon wildcard akan diberikan berdasarkan satu demi satu apabila kumpulan pertama diumumkan minggu ini, menjelang permulaan All England Club 29 Jun ini.

Begitu juga dengan ranking, LTA sekarang menilai kesukaran seperti ‘sikap, profesionalisme, perkembangan permainan dan rentak’ dan pemain nombor tiga dunia Murray, yang bercakap selepas memulakan persediaan Wimbledon dengan kemenangan pusingan pertama ke atas Lu Yen-Hsun di Queen’s Club Selasa lalu, menjelaskan beliau amat menyokong perubahan itu.

“Saya tidak menghadapi sebarang masalah dengan cara kejohanan dilaksanakan berdasarkan individu berbanding kriteria,” kata juara Wimbledon 2013 itu. Saya rasa adalah bagus untuk melakukannya kerana jelas sebahagian pemain boleh mengalami masalah kecederaan.

“Sebahagian pemain mungkin berada di ranking 250 dan mempunyai sikap teruk dan mungkin tidak layak. Sebahagian pemain mungkin mempunyai sikap yang menarik dan mungkin di luar ranking itu.

“Sebahagian pemain beraksi lebih baik di atas gelanggang rumput berbanding permukaan lain, jadi mungkin mempunyai lebih banyak peluang untuk memenangi pertandingan (di Wimbledon).

ARTIKEL YANG SAMA