Murray terpilih sertai Piala Davis

Murray terpilih sertai Piala Davis

LONDON, 6 Sept – Andy Murray telah terpilih untuk menerajui pasukan Britain bagi perlawanan separuh akhir Piala Davis menentang Argentina minggu depan.

Pemain pilihan kedua itu mungkin akan berdepan Juan Martin del Potro dalam perlawanan lima siri terbaik di Emirates Arena, Glasgow, Scotland, dar 16 hingga 18 September.

Kedua-dua pemain mara ke suku akhir Terbuka AS awal pagi tadi dan mungkin bertemu dalam separuh akhir.

Penyertaan mereka dalam Piala Davis tertakluk dengan apa yang berlaku di New York.

Juara bertahan pasukan Britain juga termasuk Kyle Edmund dan Dan Evan, yang memperoleh keputusan memberangsangkan di Terbuka AS. Edmund mara ke pusingan keempat pada acara Grand Slam buat pertama kali, sementara Evans berakhir di pusingan ketiga.

Skuad tersebut juga memasukkan pakar regu iaitu Jamie Murray dan Dominic Inglot.

Pasukan yang menang nanti akan berdepan sama ada Croatia atau Perancis di perlawanan akhir. – AP