Murray teruskan aksi takluki Terbuka Miami

Murray teruskan aksi takluki Terbuka Miami

MIAMI, 27 Mac (AFP) – Sesuatu tidak berada dalam keadaan yang betul mengenai bola tenis dalam cengkaman Andy Murray dan apabila dia melihatnya, dia mendapati ia adalah dari jelajah wanita, bukan lelaki.

Pendedahan pada set kedua itu, dan mengeluarkan bola dari permainan, membantu pemain nombor dua dunia dari British itu menamatkan dengan kemenangan 6-3, 7-5 semalam ke atas Denis Istomin pemain rangking ke-76 dari Uzbeksitan di Terbuka ATP dan WTA Miami.

Murray, juara Terbuka AS 2012 dan Wimbledon 2013, memburu gelaran ke tiga Miami. Dia memenanginya pada 2009 dan 2013 dan di tangga kedua di belakang Novak Djokovic pada 2012 dan tahun lepas.

Murray ketika menentang Denis Istomin dari Uzbekistan semasa hari ke-6 Terbuka Miami di Crandon Park Tennis Center, Florida. - AFP
Murray ketika menentang Denis Istomin dari Uzbekistan semasa hari ke-6 Terbuka Miami di Crandon Park Tennis Center, Florida. – AFP

Kontroversi bola itu bermula apabila Murray, cuba untuk menghindarkan dari disaingi pada permainan kelima set kedua, menyedari bola ditangannya terpampang dengan logo merah yang digunakan dalam WTA, bukan yang berwarna hitam di atas bola ATP.

“Saya hanya melihatnya ketika saya cuba untuk melantunkan bola,’ kata Murray. Hanya terdapat bola wanita. Saya hanya memukul dua bola. Ia kecil, bola yang kecil dan apabila anda cuba melakukan servis pada kedudukan itu, anda tidak menggunakan bola yang berbeza sama sekali.

ARTIKEL YANG SAMA