Murray teruskan kemenangannya

Murray teruskan kemenangannya

PARIS, 4 Jun (Reuters) – Andy Murray meneruskan rekod 100 peratus tanpa kalahnya di gelanggang tanah liat 2015 bagi meneruskan cabaran ke separuh akhir kejohananan Terbuka Perancis apabila berjya menewaskan pemain dari Sepanyol David Ferer dengan 7-6(4), 6-2, 5-7, 6-1, semalam.

Sementara keseluruhan dunia memfokuskan terhadap perlawanan gergasi Djokovic menentang Nadal yang dimainkan serentak di gelanggang utama Philippe Chatrier, Murray meneruskan tugasnya seperti biasa untuk ke peringkat separuh akhir buat kali ketiga.

Pukulan kemenangan backhand volli memberikan set pertama kepadanya dan apabila gagal menyudahkan perlawanan pada set ketiga, Murray kembali pada set keempat dan menempa kemenangan ke-15 berturut-turut di gelanggang tanah liat merah itu.

“Menempatkan diri sendiri di posisi untuk memenangi pemain terbaik dunia, ia bukan sahaja tentang sehari sebelum perlawanan diadakan. Ia tentang apa yang dilakukakan sepanjang menjelang perlawanan tersebut,” kata pemain berusia 28 tahun itu, yang akan bertemu Djokovic bagi menempah tempat ke peringkat akhir.

Murrray sewaktu melakukan servis di perlawanan tersebut. – AFP
Murrray sewaktu melakukan servis di perlawanan tersebut. – AFP

“Dan berada di perlawanan tersebut tanpa kalah di gelanggang tanah liat tahun ini dan memenangi beberapa kemenangan besar di permukaan ini sangat penting buat saya. Saya akan terus melakukan apa yang saya lakukan.”

Murray memerlukan empat set bagi menundukkan Ferrer yang lebih senang bermain di permukaan itu, pada set pertama dan kedua Murray dengan mudah sahaja mengawal perlawanan.

Ferrer mula bangkit pada set ketiga apabila berjaya mematahkan servis Murray yang berhasrat untuk menyudahkan perlawanan itu dan mengambil set ketiga dengan keputusan 5-7.

Murray mula bangkit pada set keempat dan dengan mudah sahaja membalas apa sahaja yang dihantar oleh Ferrer kepadanya dengan pantas sahaja menamatkan set keempat 6-1 sekaligus memenangi perlawanan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA