Musa Aman ketuai delegasi dagangan ke Shanghai

Musa Aman ketuai delegasi dagangan ke Shanghai

KOTA KINABALU, 3 Jun (Bernama) – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengetuai delegasi perdagangan yang terdiri daripada ahli perniagaan Sabah, ke Shanghai, China, mulai hari ini.

Lawatan empat hari itu meliputi mesyuarat dengan ahli perniagaan utama di bandar raya berkenaan bagi meneroka peluang-peluang peniagaan dan pelaburan. Kenyataan Jabatan Ketua Menteri menyebut bahawa wujud peluang besar dalam sektor pelancongan seperti pembangunan resort dan hotel serta pemprosesan hiliran minyak sawit.

Musa yakin misi itu akan meningkatkan kerjasama perniagaan untuk manfaat bersama.