Musa, Rubiah johan Musabaqah ABDB

Musa, Rubiah johan Musabaqah ABDB

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Dean Kassim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jun – LKpl (U) Musa bin Haji Sahat dari Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Kpl Hajah Rubiah binti Haji Dagang dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), masing-masing muncul juara qari dan qariah dalam Pertandingan Akhir Musabaqah Tilawah Al-Quran Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Dewan Pahlawan, Berakas Garison, hari ini, naib johan qari telah disandang oleh Kpl Nazirul bin Haji Asmat dari Kementerian Pertahanan dan tempat ketiga dimenangi Kpl Pengiran Haji Kamarul Sarip bin Pengiran Haji Serpuddin juga dari Kementerian Pertahanan.

Manakala itu, naib johan qariah pula dimenangi oleh Lt Auni Afifah @ Yumni binti Haji Al Hassan dari Akademi Pertahanan dan Lt (U) Nur Hasinah binti Haji Rosli dari TUDB menduduki tempat ketiga.

Pemangku Pemerintah ABDB menyampaikan piala kepada LKpl (U) Musa selaku juara qari pertandingan berkenaan.
Pemangku Pemerintah ABDB menyampaikan piala kepada LKpl (U) Musa selaku juara qari pertandingan berkenaan.
Kpl Hajah Rubiah, juara qariah Pertandingan Akhir Musabaqah Tilawah Al-Quran peringkat ABDB menerima piala kemenangan.
Kpl Hajah Rubiah, juara qariah Pertandingan Akhir Musabaqah Tilawah Al-Quran peringkat ABDB menerima piala kemenangan.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Pemangku Pemerintah ABDB, Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud selaku tetamu kehormat majlis.

Seramai 23 orang anggota ABDB yang terdiri daripada 12 qari dan 11 qari telah menyertai pertandingan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke-55, yang mana tahun ini ia dikendalikan oleh TUDB.

Bagaimanapun, hanya 10 orang qari dan qariah yang melayakkan diri ke peringkat akhir, hari ini. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan hadiah oleh tetamu kehormat kepada para peserta pertandingan dan juga barisan jemaah hakim.

ARTIKEL YANG SAMA