Musa wira Foxes tewaskan Everton

Musa wira Foxes tewaskan Everton

LIVERPOOL, 8 Jan – Leiceter City kembali bangkit bagi mara ke pusingan keempat Piala FA apabila dua jaringan Ahmed Musa memastikan kemenangan 2-1 di Everton kelmarin.

Skuad Claudio Ranieri ketinggalan selepas Romelu Lukaku menempatkan pasukan tuan rumah di depan selepas rehat, tetapi Musa, keluar dari bangku simpanan dalam separuh masa pertama, telah memanfaatkan peluangnya sepenuhnya dalam perlawanan itu.

Dia telah menjaringkan dua gol dalam masa lima minit bagi jaringan pertamanya sejak Oktober dan menjadi wira bagi perlawanan sukar pusingan ketiga di Goodison Park itu.

Dua jaringan Musa itu telah mengakhiri 10 perlawanan tanpa menang Leicester dalam semua kejohanan dan telah memastikan juara Inggeris itu membalas dendam atas kekalahan Liga Perdana mereka kepada Everton ketika ‘Boxing Day’.

Penyerang England, Jamie Vardy tidak beraksi bagi Leicester, tetapi Ranieri telah memberikan penampilan pertama bagi pemain tengah Nigeria, Wilfred Ndidi, yang telah melengkapkan perpindahan 15 juta pound dari Genk minggu ini.

Pemain berusia 20 tahun itu kelihatan bersemangat untuk memberikan kesan awal dalam perlawanan apabila dua cuba nasibnya dengan rembatan jarak jauh yang berjaya ditampan keluar oleh sejumlah besar pertahanan Everton. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA