Musabaqah Tilawatil Quran Belia bermula

Musabaqah Tilawatil Quran Belia bermula

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Sept – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, malam ini, berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara 1436H/2015M.

Berangkat sama ke majlis yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas itu ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Haji Hazair bin Haji Abdullah selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara 1436H/2015M.

Majlis dibuka dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin.

Yang Berhormat Pehin Haji Hazair dalam sembah alu-aluannya berkata, pertandingan berkenaan merupakan platform yang memberikan dorongan kepada para belia Islam di negara-negara Asia Tenggara untuk mendalami dan mempertingkatkan mutu pembacaan Al-Quran yang akan dapat mengangkat pencapaian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Duli Pengiran Muda Mahkota menyampaikan sabda perasmian Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara ke-7 malam tadi.
Duli Pengiran Muda Mahkota menyampaikan sabda perasmian Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara ke-7 malam tadi.
Peserta qari dari Singapura, Ahmad Daniyal Mohd Rizal membaca ayat dari Surah Al-Hujurat pada malam pertama musabaqah.
Peserta qari dari Singapura, Ahmad Daniyal Mohd Rizal membaca ayat dari Surah Al-Hujurat pada malam pertama musabaqah.
Peserta qariah dari Laos, Souphalack Sengdeuanpheng memperdengarkan bacaannya.
Peserta qariah dari Laos, Souphalack Sengdeuanpheng memperdengarkan bacaannya.

Katanya, melalui pertandingan di peringkat serantau ini, ia memberikan keyakinan dan pendedahan kepada belia-belia Islam Asia Tenggara untuk mara ke pertandingan Tilawatil Quran di peringkat antarabangsa dan yang lebih mencabar.

Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara ke-7 ini melibatkan kesemua 10 buah negara anggota ASEAN yang diwakili oleh 19 orang qari dan qariah, yang menurut Yang Berhormat Pehin, menggambarkan perkembangan positif di dalam Tilawatil Al-Quran Belia-Belia Asia Tenggara yang dianjurkan oleh Negara Brunei Darussalam.

Antara para jemputan yang hadir ke Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara ke-7 malam tadi.
Antara para jemputan yang hadir ke Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara ke-7 malam tadi.

pg03_150916_d

Musabaqah ini diadakan secara dwitahunan bagi belia-belia Asia Tenggara berusia di antara 18 hingga 25 tahun. Barisan qari yang menyertai musabaqah belia kali ini ialah Awangku Adi Nazri bin Pengiran Haji Jofri (Brunei Darussalam), Solihan Syafi’i Kasim (Indonesia), Sobyan Ali (Kemboja), Rasamkhan Silipathan (Laos), Mohamad Husaini bin Mahnur (Malaysia), Soe Ko Ko (Myanmar), Kamaruddin Gunda Zaidon (Filipina), Ahmad Daniyal Mohd Rizal (Singapura), Wanyahaiya Adulyasad (Thailand) dan Abdul Azid (Vietnam).

Sementara itu, bahagian qariah pula disertai Dayang Fatin Nurhanani binti Haji Mohdar (Brunei Darussalam), Munawaroh Tarmizi Ilyas (Indonesia), Souphalack Sengdeuanpheng (Laos), Awatif Abdul Majid (Malaysia), Su Thet Htar Kyaw (Myanmar), Raihana Guiamlod Ambangala (Filipina), Farah Diana Afandi (Singapura), Masvilla Chewae (Thailand) dan Pha Hy Thah (Vietnam).

Pada hari pertama, hari ini, enam peserta memperdengarkan bacaan masing-masing iaitu Ahmad Daniyal Mohd Rizal (Singapura), Souphalack Sengdeuanpheng (Laos), Rasamkhan Silipathan (Laos), Awatif Abdul Majid (Malaysia), Abdul Azid (Vietnam) dan Raihana Guiamlod Ambangala (Filipina).

ARTIKEL YANG SAMA