Museveni menang bagi penggal kelima

Museveni menang bagi penggal kelima

KAMPALA, 21 Feb (AFP) – Presiden Uganda Yoweri Museveni memenangi pilihan raya bagi penggal kelimanya kelmarin, melanjutkan pemerintahannya buat tiga dekad dalam satu undian ditolak sebagai penipuan oleh ketua pembangkang yang kini dalam tahanan dalam rumah dan dikritik oleh komuniti antarabangsa.

Ahli politik veteran berusia 71 tahun itu memenangi 60 peratus undian dalam pilihan raya yang kadang-kadang menjadi huru-hara, jauh meninggalkan undian 35 peratus yang dikumpulkan oleh calon dalam tahanan ketua pembangkang Kizza Besigye, yang mana rumahnya dikelilingi oleh puluhan polis bersenjata dalam kelengkapan rusuhan.

Sejumlah besar polis dan tentera telah dikerahkan pada jalan-jalan di ibu negeri Kampala, yang kelihatan tenang segera setelah kemenangan yang dijangkakan bagi Museveni diisytiharkan.

Besigye menyelar keputusan itu sebagai penipuan, mengatakan satu pesanan kepada komuniti antarabangsa: “Sekiranya anda mengesahkan keputusan pilihan raya tersebut, sekurang-kurangnya ada keberanian untuk mengaku anda tidak peduli mengenai demokrasi atau hak asasi manusia di Afrika.”

Amerika Syarikat mengkritik ada “penyelewengan” dalam undian itu, termasuk tuduhan undian beli dan manipulasi, yang mana seorang jurucakap Jabatan Negeri berkata “amat tidak konsisten dengan standard antarabangsa dan jangkaan bagi mana-mana proses demokrasi.”

Yoweri Museveni yang memenangi jawatan presiden bagi penggal kelimanya. – AFP
Yoweri Museveni yang memenangi jawatan presiden bagi penggal kelimanya. – AFP

Para pemerhati antarabangsa juga menaikkan bendera merah, memberi amaran suruhanjaya pilihan raya Uganda kekurangan ketelusan dan menuduh pihak polis memberikan layanan yang tidak adil kepada pihak pembangkang.

Pegawai pilihan raya tempatan merayu untuk ketenangan, dengan ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Badru Kiggundu menyeru penduduk Uganda “bersedia untuk mempamerkan lebih toleransi.”

“Keputusan pilihan sama ada boleh memecah belah atau membina sesebuah negara itu,” dia berkata sejurus sebelum mengisytiharkan Museveni sebagai pemenang. “Kami mencintai negara ini dan kamu penduduk Uganda mencintai negara kamu.”

Hampir 9.7 juta warga Uganda, merangkumi 63 peratus dalam jumlah penduduk, mengundi bagi presiden dan ahli-ahli parlimen, dengan 290 kerusi dipertandingkan oleh calon-calon dari 29 parti politik.

Walaupun Museveni dilantik kembali, sekurang-kurangnya 19 menterinya kehilangan kedudukan parlimen mereka. Antaranya menteri pertahanan Crispus Kiyonga, yang menerajui usaha-usaha serantau untuk mengakhiri krisis politik di Burundi dan peguam negara Fred Ruhindi.