Musim buah kembali lagi

Musim buah kembali lagi

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 1 Ogos – Dengan kembalinya musim buah-buahan tempatan tahun ini, ahli-ahli Ladang Kemajuan Pertanian Luar Bandar (LKPLB) Bukit Tabalu, Kampung Kiudang telah mengadakan Majlis Ramah Mesra dan Doa Kesyukuran, kelmarin.

Majlis tersebut diadakan bagi memanjatkan kesyukuran dan kegembiraan para peladang selepas mengusahakan tanaman buah-buahan tempatan yang mana sebahagian hasilnya sudah pun dituai. Antara buah-buahan tempatan yang ditanam oleh para peladang ialah buah durian bermacam jenis, cempedak, rambutan, nangka, tarap, sukun, langsat, duku, pisang, jagung dan banyak lagi.

Hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Kampung Kiudang, Haji Mohd Saiful bin Abdullah Anja; ahli-ahli MPK Kiudang dan Ketua LKPLB Bukit Tabalu, Haji Muhammad bin Abdullah. Sejak 2004, lebih 60 orang ahli LKPLB Bukit Tabalu, Kampung Kiudang mengusahakan kebun seluas 54 hektar.

Ahli-ahli Ladang Kemajuan Pertanian Luar Bandar (LKPLB) Bukit Tabalu Kampung Kiudang mempamerkan buah-buahan tempatan.
Ahli-ahli Ladang Kemajuan Pertanian Luar Bandar (LKPLB) Bukit Tabalu Kampung Kiudang mempamerkan buah-buahan tempatan.

Pada masa ini, kebun tersebut telah mengeluarkan hasil yang banyak untuk dijual dan menjadi salah satu daripada sumber pendapatan bagi orang-orang kampung khususnya ahli-ahli LKPLB Bukit Tabalu. Orang ramai yang ingin untuk membeli buah-buah tempatan yang segar dialu-alukan untuk berkunjung ke ladang berkenaan atau Gerai Muafakat, Kampung Kiudang.

 

ARTIKEL YANG SAMA