Musim haji sampai kemuncaknya

Musim haji sampai kemuncaknya

ARAFAH, Arab Saudi, 11 Sept – Hampir 1.5 juta umat Islam dari seluruh pelusuk dunia malam semalam membuat persiapan bagi kemuncak musim haji tahun ini di bukit berbatu yang dikenali sebagai Gunung Arafah.

Para jemaah haji hari ini akan menghabiskan masa mereka dengan amalan-amalan seperti membaca kitab suci Al-Quran di sana yang terletak di barat Arab Saudi, tempat Nabi Muhammad S.A.W menyampaikan khutbah haji terakhir baginda.

Bilangan jemaah haji berkurang tahun ini kerana ketiadaan 64,000 rakyat Iran ekoran ketegangan antara negara Syiah itu dan negara beraja Sunni. Kejadian rempuhan pada musim haji tahun lalu yang telah mengorbankan kira-kira 2,300 orang, kebanyakan adalah warga Iran.

Warga-warga Iran mengadakan ziarah alternatif semalam di bandar suci Syiah, Karbala, selatan bandar Iraq. Selepas ritual pada awal minggu ini di Mekah di Masjid Utama, para jemaah di Arab Saudi bergerak ke timur semalam menuju ke bandar khemah, Mina dan Gunung Arafah.

Beratus-ratus ribu jemaah Islam solat di luar Masjid Namira di Arafah, berhampiran bandar suci Mekah, Arab Saudi, Kelmarin. – AP
Beratus-ratus ribu jemaah Islam solat di luar Masjid Namira di Arafah, berhampiran bandar suci Mekah, Arab Saudi, Kelmarin. – AP

Mereka mengikuti amalan Nabi Muhammad S.A.W yang telah dilakukan kira-kira 1,400 tahun lalu.

Fardu haji adalah salah satu daripada lima rukun Islam, di mana penganut Islam yang berkemampuan mesti menunaikan haji sekurang-sekurangnya sekali seumur hidup. Jemaah haji tiba dari setiap pelusuk dunia di mana Indonesia, negara yang mempunyai bilangan majoriti Islam di dunia, mendapat kuota terbesar.

Meskipun berlainan bahasa dan keturunan, mereka semua bertemu di satu tempat ini dengan satu kepercayaan,” Ashraf Zalat, 43 tahun, dari Mesir berkata dari Mekah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA