Musim Siri Super ISTAF ditunda

Musim Siri Super ISTAF ditunda

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Feb – Musim Siri Super ISTAF ke-4 yang dijangka bermula pada 2 hingga 5 mac 2016 ditunda seperti yang dimaklumkan Setiausaha Agung Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF), Awang Abdul Halim Kader di dalam surat rasminya kepada Presiden Persatuan Sepak Takraw Brunei Darussalam baru-baru ini.

Menurut Presiden PESTABARU, Pengiran Haji Ali Hassan bin Pengiran DSLJ Haji Abas ketika ditemui pihak penganjur menyatakan penghargaan atas respons baik daripada pasukan yang bakal menyertai acara itu dan atas sokongan padu kepada pihak ISTAF yang dipimpin presidennya, Mejar Jeneral Charouck Arirachakaran.

“Pihak penganjur kesal dengan keputusan penundaan ini ekoran perbincangan yang berkaitan dengan kejohanan yang masih belum mencapai kata putus,” ujar presiden PESTABARU itu lagi.

Beliau turut menegaskan mewakili ISTAF memohon maaf atas penundaan ini dan akan  mengumumkan tarikh kejohanan sejurus selepas kata sepakat diperolehi.

ARTIKEL YANG SAMA