Muslimah masjid anjur peraduan halusi bacaan Al-Quran

Muslimah masjid anjur peraduan halusi bacaan Al-Quran

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 27 Nov – Muslimah Masjid Kampung Birau telah mengadakan Peraduan Menghalusi Bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah An-Nas bagi Kelas Muqaddam dan Peraduan Membaca Surah Al-Baqarah bagi Kelas Al-Quran yang merupakan salah satu aktiviti tahunannya, di Masjid Kampung Birau, pagi tadi.

Sebanyak tiga peraduan dianjurkan iaitu Peraduan Menghalusi Bacaan Surah Al-Fatihah yang dimenangi oleh Dayang Zainun binti Rashid, Peraduan Menghalusi Bacaan Surah An-Nas dimenangi oleh Dayang Habidah binti Haji Awang Layeh dan Peraduan Membaca Surah Al-Baqarah bagi Kelas Al-Quran dimenangi oleh Dayang Saimah binti Abu Bakar.

Hadir menyaksikan peraduan itu ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya Haji Othman bin Uking dan Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong Bahagian Muslimah, Haji Masri bin Haji Mohammad.

Yang Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya Haji Othman menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang peraduan.
Yang Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya Haji Othman menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang peraduan.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Birau, Haji Burhanuddin bin Haji Hashim; Imam Masjid Kampung Birau, Pengiran Fakhrin bin Pengiran Dani; Muslimah Masjid Kampung Birau dan ahli Jemaah Masjid Kampung Birau.

Antara tujuan peraduan itu diadakan adalah sebagai salah satu galakan kepada para Muslimah di kampung tersebut tentang cara menghaluskan lagi bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah An-Nas, di samping dapat mengukuhkan bacaan Al-Quran mengikut tajwid.

ARTIKEL YANG SAMA