Muslimah masjid anjur pertandingan memasak

Muslimah masjid anjur pertandingan memasak

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Jun – Seramai 16 kumpulan menyertai Pertandingan Mari Memasak bagi jemaah Muslimah anjuran Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien (PSBSOAS), Kampung Katimahar yang berlangsung di masjid berkenaan, baru-baru ini.

Pertandingan yang merupakan salah satu kegiatan takmir Masjid PSBSOAS itu telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu jenis masakan ikan dan hidangan ayam.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah-hadiah kepada para pemenang pertandingan berkenaan ialah Pemangku Pengarah Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dayang Rozita binti Haji Yahya.

Juara bagi pertandingan kategori masakan ikan ialah Pengiran Hajah Mariam binti Pengiran Matasan dan Dayang Noridah binti Haji Basaman manakala bagi kategori masakan ayam pula dimenangi oleh Hajah Kuntum binti Abdul Rahman dan Hajah Sara binti Junid.

Para peserta bertungkus lumus untuk menghasilkan hidangan istimewa mereka dalam pertandingan itu.
Para peserta bertungkus lumus untuk menghasilkan hidangan istimewa mereka dalam pertandingan itu.
Pelbagai hidangan masakan yang telah dihasilkan oleh para peserta dalam pertandingan berkenaan.
Pelbagai hidangan masakan yang telah dihasilkan oleh para peserta dalam pertandingan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA