Muslimah masjid kunjungi Golden Corporation

Muslimah masjid kunjungi Golden Corporation

Oleh HM Yusof

 

TUTONG, 29 Mei – Rombongan seramai 30 Muslimah Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, hari ini, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Golden Corporation Sdn Bhd di Kompleks Perindustrian Kampung Serambangun, Pekan Tutong.

Golden Corporation Sdn Bhd (GC) merupakan sebuah syarikat pelaburan langsung asing dari Taiwan, yang telah diusahakan oleh Semaun Marine Resources
Sdn Bhd (SMR) untuk membangunkan projek Pemprosesan Sumber Marin dan Pusat Perniagaan Pelbagai Guna.

Kilang pemprosesan makanan laut ini adalah yang pertama di Brunei yang serba lengkap dan berteknologi moden.

Dengan pengalaman luas dalam akuakultur, GC menguruskan lebih daripada 100 hektar ladang udang dan membekalkan benih udang dan makanan akuatik kepada petani tempatan dan juga menyediakan sokongan pembelian balik dan proses selanjutnya di kilang pemprosesan itu.

Berkesempatan bergambar ramai semasa lawatan itu.
Berkesempatan bergambar ramai semasa lawatan itu.

ARTIKEL YANG SAMA