Muslimah Masjid Mohamed Bolkiah Kg. Serusop kunjungi Daerah Tutong

Muslimah Masjid Mohamed Bolkiah Kg. Serusop kunjungi Daerah Tutong

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 15 Nov – Promosi pelancongan Daerah Tutong semakin mendapat sambutan dan hari ini, rombongan lebih 30 orang ahli Muslimah Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop telah mengadakan lawatan ke beberapa tempat di daerah ini untuk melihat tempat-tempat menarik serta menyokong industri pelancongan tempatan.

Antara lokasi yang mereka kunjungi ialah Galeri 1 Kampung 1 Produk (1K1P) Jabatan Daerah Tutong, Rumah Warisan Etnik, Taman Rekreasi Sungai Basong dan Tasbee Meliponiculture Farm, Kampung Sungai Kelugos.

Hadir mengalu-alukan rombongan ialah Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Bahagian Korporat, Jabatan Daerah Tutong, Dayang Alia Nurzahra binti Abdullah Api bersama wakil ketua pegawai eksekutif dan ahli Lembaga Badan Penyelaras dan Promosi Pelancongan Daerah Tutong (BPPPDT), Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan serta kakitangan Jabatan Daerah Tutong.

Rombongan berada di Galeri 1K1P di Jabatan Daerah Tutong.
Rombongan berada di Galeri 1K1P di Jabatan Daerah Tutong.

ARTIKEL YANG SAMA