Muslimah Masjid PSBSOAS lawat Daerah Tutong

Muslimah Masjid PSBSOAS lawat Daerah Tutong

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 28 Nov – Seramai 45 orang ahli Muslimah Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (PSBSOAS), Kampung Katimahar, telah membuat lawatan muhibah ke Daerah Tutong, baru-baru ini.

Lawatan bermula di Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel (PMAW), Kampung Kiudang, di mana para Muslimah mengadakan solat Tahyatul Masjid dan Sunat Duha bersendirian.

Acara diteruskan lagi dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan seterusnya ucapan oleh Pengerusi Jawatankuasa Takmir Masjid PMAW, Haji Mahri bin Haji Metusin dan Ketua Muslimah Masjid PMAW serta ucapan balas oleh Ketua Muslimah Masjid PSBSOAS.

Semasa rombongan Muslimah PSBSOAS Kampung Katimahar mengadakan lawatan ke Masjid PMAW Kampung Kiudang, Tutong.
Semasa rombongan Muslimah PSBSOAS Kampung Katimahar mengadakan lawatan ke Masjid PMAW Kampung Kiudang, Tutong.

Rombongan seterusnya mengadakan lawatan ke Kilang Pemprosesan Teh Herba MPK Kampung Kiudang dan Persatuan Badan Kebajikan Saudara-saudara Baru Kampung Kiudang/Mungkom (BASKIM) di mana kunjungan rombongan dialu-alukan oleh Penasihat BASKIM, Haji Omarali bin Esong.

Adapun tujuan lawatan diadakan adalah untuk mengetahui kegiatan dan pentadbiran serta peranan kumpulan Muslimah Masjid PMAW.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyaksikan lebih dekat kegiatan-kegiatan yang diusahakan oleh penduduk Kampung Kiudang seperti pemprosesan Teh Herba MPK Kiudang dan menyaksikan kegiatan saudara-saudara baru di kampung tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA