Muslimah Masjid Sengkurong anjur Khatam Al-Quran

Muslimah Masjid Sengkurong anjur Khatam Al-Quran

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Hardy AJ

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Ogos – Kira-kira 22 ahli Muslimah Masjid Sengkurong diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di kediaman Guru Agama Hajah Salmah binti Haji Ithnin di Kampung Mulaut, di sini, baru-baru ini.

Hajah Salmah berkata, majlis tersebut adalah aktiviti keagamaan tahunan yang dianjurkan oleh kumpulan tersebut dengan tujuan untuk memberikan peluang kepada penuntut yang ingin Khatam Al-Quran beberapa kali. Salah seorang peserta Khatam itu, Hajah Norsiah binti Haji Abdul Rahim, 82, melahirkan rasa syukurnya kepada Allah SWT atas peluang yang diberikan untuk Khatam Al-Quran sekali lagi dan beliau berharap akan dapat khatam lagi di masa-masa akan datang.

Kelas-kelas membaca Al-Quran, tambahnya lagi, bukan sahaja untuk mereka yang baru atau mereka yang muda tetapi juga bagi mereka yang celik Al-Quran dan menyertai kelas tersebut memberikan peningkatan pada bacaan Al-Quran terutama sekali di usia beliau kini.

Di akhir majlis itu, para peserta diraikan dengan bacaan dikir dan ditaburi bunga rampai oleh tetamu yang hadir.

Antara ahli Muslimah Masjid Sengkurong yang diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran itu.
Antara ahli Muslimah Masjid Sengkurong yang diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran itu.

ARTIKEL YANG SAMA