Mutiara berusia 2,000 tahun ditemui

Mutiara berusia 2,000 tahun ditemui

SYDNEY, 3 Jun (AFP) – Ahli sains Australia hari ini berkata mereka telah menemui mutiara laut berusia, 2,000 tahun ‘yang sangat luar biasa’ – yang pertama ditemui di benua pulau besar itu – ketika melakukan kerja pengorekan di tapak pantai terpencil orang asli.

Para ahli kaji purba sedang melakukan kerja di tapak di pantai utara Kimberley, Barat Australia apabila mereka menemui batu unik itu di bawah permukaan, menurut Kat Szabo, seorang profesor madya Universiti Wollongong.

“Mutiara semula jadi sangat luar biasa dan pasti – meskipun begitu banyak longgokan cangkerang tiram ditemui di Australia – kami tidak pernah menemui mutiara semula jadi sebelumnya,” Szabo, yang pakar dalam mengkaji cangkerang di tapak-tapak purba, memberitahu AFP.

Longgokan itu adalah tempat pembuangan sampah prasejarah.

Gambar tidak bertarikh dikeluarkan University of Wollongong pada 3 Jun, menunjukkan mutiara luar biasa berusia 2,000 tahun, penemuan pertama di benua kepulauan besar itu. – AFP
Gambar tidak bertarikh dikeluarkan University of Wollongong pada 3 Jun, menunjukkan mutiara luar biasa berusia 2,000 tahun, penemuan pertama di benua kepulauan besar itu. – AFP

“Lokasi itu terutamanya bermakna kerana pantai Kimberley, Australia sinonim dengan mutiara dan menjadi bahagian lebih baik dekad lalu.”

Mutiara berwarna merah jambu dan emas hampir berbentuk sfera dengan diameter lima milimeter. Disebabkan bentuk bulat yang hampir sempurna itu, para penyelidik menggunakan pengimbas mikro CT untuk menguji usianya dan membuktikan ia secara semula jadi terjadi dan bukannya mutiara pembiakan moden.

Tiram yang menghasilkan mutiara telah digunakan dalam upacara memuja hujan dalam budaya penduduk asli dan cangkerangnya ditemui di gurun tengah lebih 1,500 kilometer jauhnya.

ARTIKEL YANG SAMA