Mutiara terbesar di dunia bernilai AS$100 juta bakal dipamer

Mutiara terbesar di dunia bernilai AS$100 juta bakal dipamer

MANILA, 23 Ogos – Mutiara asli terbesar di dunia akan dipamerkan di Filipina tidak lama lagi, selepas barang berharga bernilai AS$100 juta ditemui di sebuah rumah terbakar.

Menurut Aileen Amurao, seorang pegawai pelancongan Filipina, mutiara itu adalah yang pertama ditemui pada 2006 oleh seorang nelayan di Pulau Palawan.

Nelayan berkenaan tidak mengetahui berapa nilainya dan berhasrat menyimpan mutiara berkenaan sebagai tuah baik, kata Amurao, menambah bahawa nelayan itu hanya menyerahkannya kepada pihak berkuasa selepas rumahnya dijilat api.

“Sekarang kami memerlukan bantuan dari pihak gemologi untuk mengesahkannya,” kata Amurao.

Mutiara itu berukuran 67sm panjang, 30.5 sm lebar dengan berat 34kg.

Rekod sebelumnya telah dipegang oleh Mutiara Lao Tze, yang berukuran 6.4kg dan bernilai AS$35 juta.

Ia juga ditemui berhampiran Pulau Palawan. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA