Mutu produk brunei halal perlu diperbaiki

Mutu produk brunei halal perlu diperbaiki

BAGI mencapai matlamat meneroka pasaran eksport, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) telah memperkenalkan projek jenama Brunei Halal.

Antara objektif projek jenama Brunei Halal ini ialah bagi menunaikan kewajiban Fardu Kifayah iaitu kewajipan untuk memudahkan pembekalan makanan bagi umat Islam di seluruh dunia, mempelbagaikan ekonomi negara dan sebagai platform bagi memajukan produk tempatan melalui Brunei Wafirah Holdings Sdn Bhd.

Syarikat tersebut seterusnya memberi izin pelesenan kepada syarikat bernama Ghanim International Food Corporation Sdn Bhd untuk menggunakan lambang niaga jenama Brunei Halal untuk dibangunkan di pasaran makanan sedunia. syarikat tersebut menjalankan sistem pengurusan rantaian bekalan menyeluruh bagi eksport makanan yang disahkan halal.

Namun, saya mempunyai kemusykilan tentang jenama ini yang dijual di negara kita pada ketika ini. Cuba kita fahami erti strategi pemasaran yang berjaya. Strategi pemasaran yang berjaya bergantung pada pemahaman kita terhadap pelanggan (what is the consumer current trend; what they want and need), apa yang mereka perlukan (need) dan bagaimana anda boleh meyakinkan mereka untuk membeli daripada anda.

Jenama Brunei Halal yang ketika ini menampilkan produk banyaknya daripada yang kita sendiri tak kenal, bagaimana nak beli? ditambah pula dengan bebanan hidup yang semakin meninggi, memang kita beli apa yang kita perlu sahaja dan lain pula dengan jenis pelanggan yang berkeinginan untuk mencuba produk baru tapi bila dicuba produk tersebut sebagai salah satu langkah menyokong produk jenama tempatan, pelanggan itu pula merasa hampa kerana produk yang dibeli pula terdapat kekurangan, walaupun tidak dinafikan produk tersebut telah diperbaharui dari segi pakej (bungkusan /muka baru).

Di sini terdetik di hati saya, haruskah kita pertaruhkan risiko untuk terus menjualnya apabila dari segi istilah bisnes dalam Bahasa Inggerisnya ‘more supply than buyer?’ bukankah ianya merugikan? dan satunya lagi tentang produk jenama Brunei Halal ini yang saya bingung iaitu ‘where it is made from?’ tertulis di kebanyakan produk berkenaan, dibuat dari india (made in india).

Saya faham jika ianya berkaitan dengan peminjaman jenama dan kita menerima royalti. Itu bagus, akan tetapi lebih indahnya jikalau jenama Brunei Halal tersebut dikeluarkan oleh negara kita sendiri.

Di sini saya ingin mencadangkan satu alternatif baru iaitu dengan menambahbaik produk jenama Brunei Halal yang dijual di pasaran negara kita pada masa kini dengan membukakan peluang kepada usahawan tempatan kita, sebagai contoh biskut.

Pada ketika ini, ramai peniaga online aktif dalam mempromosikan produk yang mereka usahakan dan para graduan dari Sekolah Perdagangan dan bidang lanjutan dari segi bidang masakan. Jadi pihak syarikat tempatan bernama Brunei Wafirah Holdings Sdn Bhd boleh menyelidiki peniaga-peniaga online ini secara meluas, adakah produk yang diusahakan oleh warga tempatan ini mampu berkembang dan membawa keuntungan buat mereka.

Dalam masa yang sama, jika strategi ini dilaksanakan tidak mustahil, ia mampu membantu menjana perekonomian penduduk tempatan dan berkemungkinan mampu menyelesaikan masalah pengangguran di Negara Brunei Darussalam.

Selain itu juga, ianya membuka peluang kepada dunia untuk lebih mengenali produk yang dihasilkan oleh warga tempatan Brunei sendiri (made in Brunei Darussalam). – H.A

ARTIKEL YANG SAMA