Mutu udara Singapura masuk paras tidak sihat

Mutu udara Singapura masuk paras tidak sihat

SINGAPURA, 8 Sept – Mutu udara di Singapura memasuki julat tidak sihat pada jam 11 pagi ini dengan Indeks Piawai Pencemaran (PSI) selama 24 jam berada pada paras antara 88 dan 101.

Warga tua, wanita hamil dan kanak-kanak dinasihatkan mengurangkan kegiatan luar yang berpanjangan atau berat, manakala mereka yang mengalami penyakit paru-paru atau penyakit jantung kronik harus mengelak daripada kegiatan itu apabila PSI 24 jam melebihi 100 PSI.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata pada petang Isnin (7 Sept) bahawa ia dijangka berubah-ubah antara julat sederhana (51 hingga 100) dan paras rendah julat tidak sihat (101-200) pada Selasa.

Agensi itu berkata, PSI 24 jam mungkin merosot ekoran tiupan angin.