Muzakarah bersama ibu bapa

Muzakarah bersama ibu bapa

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Dalam usaha untuk memberikan peluang kepada para ibu bapa dan penjaga pelajar untuk berbincang dengan guru-guru tentang perkembangan dan pencapaian akademik anak-anak mereka, baru-baru ini Sekolah Menengah Rimba telah mengadakan Sesi Muzakarah Bersama Ibu Bapa bagi pelajar Tahun 7, 8, 9 dan 10.

Majlis ini adalah bertujuan untuk membincangkan keputusan peperiksaan para pelajar, di samping itu, peluang bagi ibu bapa untuk bersua muka dengan guru-guru yang mengajar anak mereka dan mengambil tahu akan perkara-perkara yang perlu diperbaiki dan diperkembangkan untuk kecemerlangan para pelajar.

Kelihatan para ibu bapa berbincang dengan para guru mengenai prestasi anak-anak mereka.
Kelihatan para ibu bapa berbincang dengan para guru mengenai prestasi anak-anak mereka.

ARTIKEL YANG SAMA