Muzakarah isu berbangkit

Muzakarah isu berbangkit

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Feb – Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Sulaiman bin Haji Ahad, hari ini, telah mengadakan muzakarah bersama para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung serta timbalan pengerusi majlis perundingan mukim dan kampung di Daerah Temburong yang berlangsung di kediaman rasmi Pegawai Daerah Temburong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pegawai Daerah Temburong, Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah.

Muzakarah antara lain bertujuan bagi mendengar lebih dekat lagi permasalahan yang ditimbulkan oleh penghulu mukim dan ketua kampung di daerah ini terutama sekali mengenai isu-isu yang bersangkut paut dengan hal ehwal penduduk di Daerah Temburong amnya.

Isu-isu yang dibangkitkan itu mungkin akan dapat diutarakan ke Majlis Mesyuarat Negara apabila bersidang nanti jika ianya berpatutan.

Haji Abdul Hamid ketika menyampaikan ucaptama pada muzakarah berkenaan.
Haji Abdul Hamid ketika menyampaikan ucaptama pada muzakarah berkenaan.

Perjumpaan tersebut diharap akan dapat disambut baik oleh para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung dalam sama-sama menyampaikan permasalahan para penduduk kampung.

ARTIKEL YANG SAMA