Muzium AS kembalikan patung kepada Kemboja

Muzium AS kembalikan patung kepada Kemboja

PHENOM PENH, 28 Mac (AFP) – Sebuah muzium Amerika hari ini mengembalikan kepada Kemboja patung ukiran pasir abad ke-10 Tuhan Hindu Rama berdekad-dekad selepas ia dijarah dari sebuah kuil hutan semasa perang saudara negara itu.

Patung setinggi 62 inci, dicuri daripada Kuil Koh Ker dalam 1970an berhampiran kompleks terkenal Angkor Wat, diserahkan oleh Muzium Seni Denver dalam satu majlis di Phnom Penh.

Patung itu—yang masih lagi hilang kepala, tangan dan kaki—sudah berada di muzium itu semenjak 1986, kata kerajaan Kemboja dalam satu kenyataan.

“Kami gembira badan Rama kembali ke sini,” kata pegawai Kemboja, Yim Nolson pada majlis itu, menambah bahawa kegembiraan itu sedikit terjejas akibat kehilangan kepalanya dan masih tidak diketahui di mana ia berada.

“Kerajaan diraja Kemboja merayu kepada semua muzium dan pengumpul seluruh dunia untuk mengikuti contoh baik ini dengan memulangkan kepala Rama kepada Kemboja,” tambahnya.

Ukiran seni itu dikembalikan kepada Kemboja susulan penyelidikan baru mengenai asal-usulnya oleh muzium, kata kenyataan itu lagi.

Kemboja dahulunya merupakan kediaman kepada Empire Kuat Khmer, sebuah dinasti Hindu-Buddha yang membina beberapa buah bandar dan kuil terbesar termasuklah kompleks terkenal Angkor Wat.

ARTIKEL YANG SAMA