Muzium baru kisah dongeng Grimm dirasmi di Jerman

Muzium baru kisah dongeng Grimm dirasmi di Jerman

KASSEL, Jerman, 4 Sept (dpa) – Sebuah muzium baru berorientasikan kekeluargaan yang didedikasikan kepada Brother Grimm, pengumpul terkenal kisah-kisah dongeng dan leksikograf, telah dibuka hari ini di Kassel, Jerman.

Grimm World yang akan menjadi tarikan pengunjung itu memiliki 1,600 meter ruang pameran dalaman dan terletak di dalam sebuah taman hijau di tengah bandar tempat Wilhelm dan Jacob Grimm yang hidup dari tahun 1798 hingga 1841.

Di antara yang dipamerkan termasuklah sebuah manuskrip Children’s and Household Tales, nama bagi buku yang diberikan oleh Grimm, yang kini ditulis dalam program Memori Dunia UNESCO.

Untuk memeriahkan lagi pameran itu, terdapat juga sebuah bilik tempat kanak-kanak boleh menolak ahli sihir ke dalam ketuharnya, seperti yang dilakukan oleh Hansel dan Gretel, dan duduk di meja bersama tujuh orang kerdil seperti dalam kisah Snow White.

Pameran khas awal ini akan mempunyai tema ‘rambut’, yang menjadi ciri penting bagi kebanyakan kisah-kisah dongeng seperti Rapunzel, sebuah kisah seorang perempuan yang membenarkan kekasihnya mendaki menara dengan berpaut pada rambutnya yang panjang.

Muzium itu dijangka akan menerima sekitar 80,000 pengunjung setahun.

Grimm menyiarkan koleksi kisah dongeng pertama mereka pada tahun 1812.