Muzium Hokusai mempamerkan seni ukiran kayu

Muzium Hokusai mempamerkan seni ukiran kayu

TOKYO – Sebuah muzium telah didirikan dan dikhaskan untuk seorang pereka seni ukiran kayu yang dikenali sebagai Katsushika Hokusai. Pereka seni ukiran kayu ini telah mencipta pelbagai jenis ukiran yang begitu menakjubkan dan dianggap sebagai satu seni ikonik yang mempesonakan.

Pembukaan rasmi muzium itu telah diadakan pada Selasa lalu dan apa yang menarik, muzium ini terletak berdekatan dengan kawasan kejiran di mana pereka seni ukiran kayu itu tinggal setelah dua abad yang lalu.

Muzium itu diberikan nama sebagai ‘The Sumida Hokusai Museum’ dan ia memaparkan pelbagai jenis ukiran dan hasil ciptaan Hokusai semasa zaman kegemilangan pereka itu di Jepun.

Di samping itu, muzium tersebut turut mempamerkan beberapa buah koleksi seni ukiran daripada beberapa artis seni antarabangsa seperti Peter Morse, Muneshige Narasaki dan pereka-pereka tempatan dari Sumida khususnya. Hokusai dilahirkan di Sumida pada tahun 1760.

Salah satu karya seni ukiran yang sangat terkenal di buat oleh Hokusai ialah ‘The Great Wave of Kanagawa’ dan gabungan beberapa siri ’36 Views of Mount Fiji’ telah dipamerkan di muzium ini. Selain itu juga, seni ukiran kayu yang bertajuk ‘A Mild Breeze on a Fine Day’ turut dipamerkan dalam muzium tersebut.

Satu patung yang menyerupai Hokusai turut diletakkan bersama dengan anak perempuannya, Oej sewaktu sedang melakukan kerja-kerja ukiran. – AP
Satu patung yang menyerupai Hokusai turut diletakkan bersama dengan anak perempuannya, Oej sewaktu sedang melakukan kerja-kerja ukiran. – AP
Salah satu karya seni ukiran yang sangat terkenal di buat oleh Hokusai ialah ‘The Great Wave of Kanagawa’ dan gabungan beberapa siri ’36 Views of Mount Fiji’ telah dipamerkan di muzium ini. – AP
Salah satu karya seni ukiran yang sangat terkenal di buat oleh Hokusai ialah ‘The Great Wave of Kanagawa’ dan gabungan beberapa siri ’36 Views of Mount Fiji’ telah dipamerkan di muzium ini. – AP

Apa yang pasti, pameran-pameran tersebut memaparkan ukiran yang menakjubkan yang telah dihasilkan oleh tangan pengiat seni ukiran kayu tersebut terutamanya di Jepun.

Memaparkan khazanah Hosukai

Muzium tersebut memuatkan satu raplika studio yang pernah digunakan oleh tokoh itu untuk membuat semua ukiran seni. Satu patung yang menyerupai Hokusai turut diletakkan bersama dengan anak perempuannya, Oej sewaktu sedang melakukan kerja-kerja ukiran. Salah seorang penggiat seni yang pernah berkunjung ke Jepun dan berjumpa dengan Hokusai, Morse merupakan pengumpul setia barang dan ukiran yang dihasilkan oleh Hokusai.

Morse telah menyimpan sebahagian besar karya-karya yang telah dihasilkan oleh tokoh itu semasa zaman kegemilangan beliau. Morse telah meninggal dunia pada tahun 1993 dan terkenal dengan hasil seni dan tulisan sejarah yang pernah dihasilkannya mengenai hal-hal dunia.

Anak beliau, Daniel, menjadi wakil dalam pembukaan rasmi muzium tersebut dan berkata, “Koleksi yang dihasilkan oleh Hokusai ini adalah satu keajaiban dunia dan rumah kepada pelbagai koleksi tercinta ayah saya.”

“Saya dapat rasakan ayah saya pasti gembira ketika ini dan sangat-sangat berbangga dengan pembukaan muzium ini. Saya masih dapat pastikan bahawa Hokusai adalah satu-satunya tokoh yang berjiwa seni dan masih hidup meninggalkan khazanahnya dan menjadi tontonan kita sehingga ke hari ini,” tambah Daniel kepada wartawan AP.

Pereka seni ukiran kayu ini telah mencipta pelbagai jenis ukiran yang begitu menakjubkan dan dianggap sebagai satu seni ikonik yang mempesonakan. – AP
Pereka seni ukiran kayu ini telah mencipta pelbagai jenis ukiran yang begitu menakjubkan dan dianggap sebagai satu seni ikonik yang mempesonakan. – AP
Apa yang pasti, pameran-pameran tersebut memaparkan ukiran yang menakjubkan yang telah dihasilkan oleh tangan pengiat seni ukiran kayu tersebut terutamanya di Jepun. – AP
Apa yang pasti, pameran-pameran tersebut memaparkan ukiran yang menakjubkan yang telah dihasilkan oleh tangan pengiat seni ukiran kayu tersebut terutamanya di Jepun. – AP

Namun apa yang menarik perhatian pengunjung nanti di dalam muzium itu ialah sebuah karya seni sepanjang tujuh meter dipanggil ‘Sumidagawa Ryogan Keshiki Zukan’ atau landskap kayu yang memaparkan wilayah Sumida daripada kawasan darat sehinggalah ke kawasan tebing wilayah tersebut. Ukiran seni kayu ini telah hilang selama 100 tahun setelah dibawa keluar dari Jepun dan telah kembali semula ke Jepun.

Pereka bentuk infrastruktur bangunan muzium itu telah dihasilkan oleh Kazuyo Sejima iaitu seorang arkitek dari Jepun dan tersohor sebagai seorang penerima dan pemenang anugerah Pritzker baru-baru ini.

Reka bentuk muzium menampilkan satu konsep yang moden selaras dengan perkembangan dunia moden dan mempunyai permukaan yang menarik memaparkan satu keaslian seni yang hebat.

Malah muzium ini turut dilengkapi dengan pelbagai jenis kemudahan seperti perpustakaan yang menyimpan pelbagai khazanah dan buku mengenai Hokusai. Kedai dan juga ruang persidangan turut terdapat di muzium ini kemudahan orang ramai yang ingin mendalami lagi seni tokoh tersebut di Jepun.

Muzium tersebut terletak berdekatan dengan beberapa buah muzium yang dikenali sebagai ‘Edo Tokyo Museum, Ryogoku National Sumo Arena dan akhir sekali Sumida River’. Muzium ini mengalu-alukan kedatangan para pengunjung bagi melihat sendiri dengan lebih dekat akan seni ukiran yang dicipta oleh tokoh tersebut di Jepun. Muzium ini dibuka setiap hari Selasa sehinggalah pada hari Ahad. – AP

ARTIKEL YANG SAMA