Muzium khas Yasser Arafat dibuka

Muzium khas Yasser Arafat dibuka

RAMALLAH, wilayah Palestin, 9 Nov – Sebuah muzium khusus untuk Yasser Arafat, termasuk bilik digunakan beliau untuk beberapa tahun terakhir kehidupannya ketika dalam kepungan Israel, bakal dibuka hari ini menjelang ulang tahun kematiannya.

Muzium yang terletak berdekatan tanah perkuburan pejuang yang kemudian diiktiraf sebagai negarawan di Ramallah, Tebing Barat itu bakal dirasmikan oleh Presiden Palestin, Mahmud Abbas. Muzium berharga AS$7 juta itu adalah yang seumpamanya untuk pemimpin Palestin itu, menurut Yayasan Yasser Arafat. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA