Muzium-muzium tutup sempena Hari Raya Haji

Muzium-muzium tutup sempena Hari Raya Haji

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Sept – Sempena Hari Raya Aidiladha, Jabatan Muzium-Muzium memaklumkan bahawa dewan-dewan pameran akan ditutup sehari esok, dan akan dibukakan semula kepada orang ramai pada 13 September 2016.

Dewan-dewan pameran yang dimaksudkan itu adalah Muzium Teknologi Melayu; Bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja; Taman Warisan Tasek Merimbun; Galeri Seni, Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan; Muzium Maritim Brunei Darussalam; Galeri Sukan, Stadium Negara Hassanal Bolkiah; dan Muzium Daerah Belait.

Bagaimanapun, Muzium Brunei dan Bubungan Dua Belas masih ditutup untuk kunjungan orang ramai, menurut kenyataan yang dikeluarkan.

Sebagai makluman, waktu lawatan bagi muzium-muzium berkenaan, Ahad hingga Khamis dari pukul 9 pagi hingga 5 petang dan Jumaat dari 9 pagi hingga 11:30 pagi dan dibuka semula dari jam 2:30 petang hingga 5 petang.

ARTIKEL YANG SAMA