Muzium Sarawak perlu lebih banyak koleksi tulen

Muzium Sarawak perlu lebih banyak koleksi tulen

KUCHING, 28 Sept – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menyarankan Muzium Sarawak agar memastikan semua koleksinya adalah tulen.

“Jika saya diminta mencari kelemahan Muzium Sarawak, satu daripadanya ialah ia mempunyai banyak koleksi tetapi tidak semua adalah autentik. Bahan pameran ini haruslah tulen pada masa akan datang.

“Kita perlu pakar antarabangsa, ahli akademik dan antropologi, membantu kita dalam perkara ini dan kami mengalu-alukan mereka,” katanya pada sidang media selepas melancarkan pameran ‘Sarawak People’ di Muzium Sarawak di sini hari ini.

Beliau turut mengalu-alukan pakar tempatan untuk membantu projek itu.

Adenan berkata Sarawak mempunyai bahan pameran lebih daripada setengah abad yang lalu termasuk koleksi rama-rama oleh ahli alamiah Britain, penjelajah, ahli geografi, ahli antropologi dan ahli biologi Alfred Russel Wallace.

Tan Sri Adenan Satem (kiri) melihat pameran’ Urang Sarawak: Pameran Tentang Kita’ di Muzium Seni Sarawak selepas merasmikan pameran itu kelmarin. – Bernama
Tan Sri Adenan Satem (kiri) melihat pameran’ Urang Sarawak: Pameran Tentang Kita’ di Muzium Seni Sarawak selepas merasmikan pameran itu kelmarin. – Bernama